in ,

Sedikit Fakta Berkenaan Apple

Kali ini saya kongsikan sedikit fakta yang saya rangkumkan dalam satu penulisan.

Tahukah anda pada tahun 2012 Apple telah berjaya menjual iPhone sebanyak 125 juta unit. Ini bermakna dalam tempoh 24 jam mereka telah berjaya menjual iPhone sebanyak 340,000 unit.

topic_ipad_4

iPad 4

Tahukah anda retina display yang dipasang pada produk iPad pada tahun 2012 dihasilkan oleh Samsung?

Tahukah anda, Ronald Wayne yang merupakan salah seorang pengasas Apple telah menjual saham beliau yang pada ketika itu bernilai sekitar USD800.00 sahaja. Walaubagaimanapun, jika bersabar beliau mampu memperoleh keuntunggan sebanyak USD 35 billion dari jualan saham tersebut.

Tahukah anda, Apple mempunyai simpanan tunai lebih tinggi dari simpanan tunai kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 2011.

Lagi artikel di ifon.my  Bunyi Asal Iklan iPad Pro Dan Macbook Air

1410293873-i_Phone6-34_FR-_Sp_Gry_i_Phone6plus-34_FL-_Sp_Gry_Homescreen-

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

Tahukah anda, 30% cip A8 yang dipasang pada iPhone 6 adalah dari Samsung

Tahukah anda Android dan BlackBerry sepatutnya mempunyai pembantu maya (SIRI), namun ia tidak menjadi kenyataan kerana syarikat tersebut dibeli oleh Apple.

Jons-and-_Woz_thumb1200_16-9
Steve Jobs dan Steve Wozniak

Tahukah anda, semasa proses lantikan jawatan. Steve Wozniak telah diistihar sebagai orang nombor satu (1) dalam Apple. Oleh kerana Steve Jobs tidak berpuas hati dengan nombor dua (2) , beliau telah menukar kepada nombor kosong (0) agar beliau diistihar sebagai orang pertama dalam Apple.

Menarik? itulah Apple, syarikat yang dahulu hampir musnah, kini menjadi antara syarikat paling berkuasa di dunia. Tidak hairanlah Steve Jobs dianggap antara individu yang banyak mencetus revolusi kepada dunia.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Galaxy J2 Prime Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Lima Telefon Pintar Paling Popular Sepanjang Zaman

Mengapa iPhone 5S Tidak Terlibat Dalam Program Penukaran Bateri? Dan Adakah Wajar Kita Menukar Bateri.