LG merupakan antara syarikat yang banyak mengeluarkan telefon pintar yang menarik. Walau bagaimanapun, jualan bagi kesemua model mereka masih belum dapat menandingi Apple, Samsung, Huawei dan Xiaomi.
Terkini MySmartPrice telah mengeluarkan mendedahkan rekabentuk bagi LG V40ThinQ.
Gambar Sisi
Berdasarkan rekabentuk ini, jelas menunjukkan bahawa model terbaru keluaran LG ini tidak mengikut trend skrin notch seperti diamalkan oleh kebanyakan pesaing.
Model ini hadir dengan pengimbas cap jari di belakang dengan nisbah keseluruhan skrin sekitar 90%. Setakat ini tiada tarikh rasmi bilakah ia akan dilancarkan, walau bagaimanapun terdapat khabar angin ia akan dilancarkan pada 16 November 2018.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: MySmartPrice