in , ,

Spesifikasi Pixel 3 XL tiris sepenuhnya

Berikutan berita ketirisan spesifikasi Pixel 3 XL baru-baru ini, hari ini satu laman web Rusia telah melaporkan spesifikasi peranti ini dengan sepenuhnya. Melihat kepada gambar yang dipaparkan di laman web tersebut, ketulenan informasi ini boleh dikatakan 90% tulen. 

Pixel 3 XL

Reka bentuk dan spesifikasi yang dipaparkan di laporan ini adalah sama dengan laporan yang lalu. Notch yang agak besar di skrin peranti ini masih kelihatan dan menyokong laporan ketirisan sebelum ini. Dalam laporan yang sama, dikatakan wireless charging akan diintegrasi di dalam telefon pintar ini.

Demonstrasi wireless charging Pixel 3 XL

Laporan ketirisan tersebut juga telah mencuba kualiti kamera peranti ini. Beberapa gambar yang telah ditangkap menggunakan peranti ini turut disertakan bersama laporan tersebut.

87r8w_WJd_Mviy
Salah satu foto yang ditangkap menggunakan Pixel 3 XL

Tidak cukup dengan itu, laporan ini juga turut menunjukkan kandungan kotak yang disertakan bersama peranti ini. Kali ini, Google turut menyertakan sebuah earbuds berwayar di dalam kotak Pixel 3 XL. Anda boleh lihat galeri di bawah untuk reka bentuk dan kandungannya. Anda boleh melihat artikel kami sebelum ini untuk gambar reka bentuk peranti ini.

Lagi artikel di ifon.my  DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Barisan telefon pintar Pixel yang baru sedang mendapat perhatian yang tinggi dari peminatnya. Ia dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini, sebulan selepas pelancaran iPhone terbaru pada September akan datang.

Gambar Pixel 3 XL Tertiris Lagi Di Arena Web

 Rekabentuk LG V40ThinQ Tertiris