Rasanya tentu dikalangan pengguna iPhone mengetahui akan kegunaan 3D Touch. Inovasi ini pertama kali diperkenalkan pada Apple Watch yang dikenali sebagai Force Touch sebelum dikembangkan kepada iPhone.
iPhone 6S merupakan model iPhone pertama yang menggunakan 3D Touch. Inovasi ini turut hadir bersama dengan enjin Taptic di mana anda akan merasai satu getaran yang unik sebaik menggunakan 3D Touch.
Blayne Curtis yang merupakan penganalisis dari Barclays telah melaporkan bahawa Apple sedang dalam usaha untuk membuang teknologi 3D Touch pada iPhone OLED.
Laporan ini juga selari dengan analisi yang dikeluarkan oleh Ming-Chin Kuo bahawa Apple menuju ke arah Cover Glass Sensor (CGS) yang lebih menjimatkan kos.
Jika benarlah laporan yang dibuat oleh kedua-dua pengalisis yang berpengaruh ini. Bermakna, iPhone 2018 kemungkinan model terakhir yang menggunakan teknologi 3D Touch.
Saya secara peribadi kurang bersetuju dengan analisis yang dilaporkan oleh kedua-dua individu ini memandangkan 3D Touch antara inovasi yang unik serta ia mencerminkan identiti sesebuah iPhone.
Namun, saya tidak boleh nafikan jika ia benar memandangkan Apple ke arah teknologi yang memfokuskan kos yang rendah bagi mengaut keuntungan yang tinggi dari pengguna.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber:cultofmac