in ,

Penganalisis Tersilap Jangka Harga iPhone 9, iPhone X dan iPhone XS Max

Kurang beberapa hari sahaja lagi Apple bakal mengadakan Acara Khas Apple yang memfokuskan produk terbaru antaranya iPhone dan Apple Watch.

Jika sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan bahawa iPhone 9 bakal dijual pada harga USD699 atau RM3,442.00.

Terkini, Goldman Sachs telah membuat laporan bahawa Apple besar kemungkinan akan menjual iPhone 9 pada harga USD 849 atau sekitar RM4150.00 iaitu peningkatan sebanyak USD240 dari jangkaan sebelum ini.

Bagi iPhone XS pula, besar kemungkinan ia akan dijual pada harga USD949 hingga USD 999 atau sekitar RM4,62.00 hingga RM4,857.00.

Berikut kenyataan rasmi mereka.

Goldman estimates Apple will price the iPhone 9 at $849, rather than the $699 some have speculated. The firm sees “some flexibility down to $800” for the iPhone 9 offering but doubts Apple will “go for lower price points” after iPhone X demand was more than expected the last few months.

“Apple is once again proving itself tough to bet against,” Hall added.

Bagi iPhone XS Max pula, tiada jangkaan harga yang dibuat dan besar kemungkinan ia lebih tinggi dari USD999.00.

Lagi artikel di ifon.my  Akibat Tekanan, Apple Terpaksa Menurunkan Harga Jualan Bagi iPhone Xr Dan Menjual Kembali iPhone X.

Setakat ini belum dapat dipastikan adakah benar jangkaan yang dibuat oleh Goldman Sachs. Namun sekiranya ia benar ia mungkin akan memberi sedikit kesan terhadap penjualan iPhone di Malaysia.

Apa pun, kita lihat pengumuman rasmi oleh Apple pada 13 September 2018 Jam 1.00 pagi.

Sumber: 9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Penundaan Produk Apple Di Era Tim Cook Lebih Tinggi Berbanding Steve Jobs

Media China Melaporkan Apple Bakal Memperkenalkan iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC