in ,

Apple Menerbitkan Video Tatacara Penggunaan e-SIM Pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

eSIM atau embedded SIM merupakan kad sim yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti kad sim tradisional.

Terdapat 3 jenis kad sim tradisional yang paling popular antaranya kad sim standard, Micro SIM dan NANO SIM.

eSIM pula merupakan cip elektronik yang terkandung di dalam papan litar yang mana ia tidak memerlukan kad sim tradisional untuk mengaktifkan rangkaian perkhidmatan seperti Maxis, Celcom dan Digi.

Setakat ini beberapa syarikat pengeluar telefon pintar telah mengimplementasikan teknologi eSIM dalam telefon pintar mereka. Antara jenama paling popular yang menyokong eSIM termasuklah Apple dan Xiaomi.

Beberapa hari lepas Apple telah menerbitkan satu video berkaitan tatacara penggunaan e-SIM pada iPhone terkini mereka.

Setakat ini e-SIM hanya menyokong di beberapa buah negara sahaja. Belum dapat dipastikan bilakah Malaysia bakal memperkenalkan e-SIM pada iPhone.

Saya menjangkakan Apple bakal meluaskan penggunaan e-SIM di Malaysia pada suku ketiga 2019 atau awal tahun 2020.

Bagi saya penggunaan e-SIM memudahkan anda menggunakan dua nombor dalam satu peranti tanpa perlu membeli atau membawa peranti tambahan.

Walau bagaimanapun, terdapat kekangan pada nombor kedua anda di mana ia tidak boleh dihubungkan dengan sebarang aplikasi sosial seperti Whatsapp, WeChat atau Telegram memandangkan iOS hanya membenarkan satu aplikasi sahaja dipasang.

Berbeda dengan peranti Android yang mempunyai fungsi pendua (clone) bagi setiap aplikasi sosial yang ingin dipasang.

Lagi artikel di ifon.my  Harga iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Turun

e-SIM bagi saya hanyalah berfungsi untuk menerima mesej dan panggilan sahaja. Anda tidak boleh menggunakan nombor kedua anda secara menyeluruh disebabkan keterbatasan iOS.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Memperkenal Smart Battery Case Untuk iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

Geekbench: Samsung Galaxy S10+ Gagal Menewaskan iPhone XS