in

Harga iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Turun Di Seng Heng Malaysia

Semalam China telah menerima notis dari pihak Apple berhubung penurunan harga jualan bagi beberapa model iPhone.

Malaysia turut tidak ketinggalan apabila Seng Heng Malaysia telah membuat potongan harga bagi iPhone XS Max, iPhone XS dan iPhone X.

5bae58cfeb69f

Harga baharu bagi iPhone XS Max bermula pada tanda harga RM4,999.00 bagi kapasiti storan 64GB, RM5,699.00 (256GB) dan RM6,649.00 (512GB).

Manakala iPhone XS pula dijual pada harga RM4,899.00 (64GB), RM5,599.00 (256GB) dan RM6,399.00 (512GB).

Bagi iPhone X, hanya versi 64GB sahaja menerima potongan harga dan dijual pada harga RM3,499.00.

Berdasarkan harga promosi ini, harga iPhone XS Max telah menerima potongan harga sekitar RM400.00, iPhone XS RM100.00 hingga RM250.00.

iphonex-spacegray

Bagi iPhone X 64GB pula ia menerima potongan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM800.00.

Lagi artikel di ifon.my  Harga Rasmi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr

Belum dapat dipastikan mengapa Seng Heng mampu menurunkan harga serendah ini. Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin membeli iPhone model keluaran terbaru dari Apple.

Gunakan peluang keemasan dengan membeli di laman atas talian Seng Heng atau terus ke kedai yang berhampiran.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Menurunkan Harga Jualan iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone XR Dan iPhone 8/Plus Di China

Switch Malaysia Mengadakan Potongan Harga RM400.00 Bagi iPhone XS Max