in ,

Rakyat Malaysia Cenderung Membeli iPhone Model Terdahulu

Jika anda peminat telefon pintar sudah tentu anda lebih memilih model terkini berbanding sebelumnya. Jika dilihat pada sambutan pra tempah bagi Samsung Galaxy Note 9 sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa kuasa beli rakyat Malaysia masih tinggi walaupun Malaysia berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global.

Saya berkesempatan untuk berborak dengan kakitangan Pusat Jualan Apple yang sah di Lembah Klang dan di sebuah negeri di Pantai Timur semenanjung.

Sepanjang perbualan saya bersama kakitangan jualan di sana pelbagai maklumat telah dikongsi termasuklah prestasi jualan iPhone sepanjang tempoh sembilan bulan.

Walaupun saya tidak mempunyai data yang lengkap untuk diterjemahkan dalam penulisan kali ini. Namun, dengan perkongsian ini ia memberi sedikit gambaran berhubung sambutan rakyat Malaysia terdapat model iPhone.

1_119110

Berdasarkan maklum balas yang saya terima dari kakitangan AAR, sambutan bagi iPhone X boleh dikatakan agak tinggi. Walau bagaimanapun, sambutan positif ini hanya berlaku sekitar awal tahun iaitu Januari hingga Mac 2018.

Lagi artikel di ifon.my  Sejauh Manakah Anda Sayang Pada iPhone?

iPhone 6, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus boleh dikatakan antara model yang paling tinggi mendapat sambutan setiap bulan.

Hal ini besar kemungkinan disebabkan harga jualan sangat rendah berbanding model flagship terbaharu mereka. Berikut tanda harga bagi beberapa model yang mendapat sambutan.

iPhone 6 – RM1,099.00

iPhone 6S – RM2,121.00

iPhone 6S Plus – RM1,799.00

iPhone 7 – RM2,593.00

iPhone 7 Plus-RM3,159.00

Jika dilihat pada harga yang ditawarkan seperti di atas, jelas menunjukkan bahawa pengguna di Malaysia lebih cenderung untuk memilih iPhone yang mempunyai tanda harga yang lebih rendah walaupun ia bukan model terkini.

iPhone SE, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh dikatakan antara model kurang mendapat sambutan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh harga serta tiada perubahan besar pada versi ini.

iphone7_black

Dengan sedikit maklumat yang saya peroleh ini, sedikit sebanyak memberi saya sedikit gambaran berhubung sambutan pada iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kabel Pengecasan iPhone Anda Mempunyai Pengesahan MFi?

Secara peribadi saya menjangkakan iPhone XC berkemungkinan akan mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pengguna di Malaysia disebabkan oleh harga yang lebih murah dan rekaan yang menyerupai iPhone X.

Bagi iPhone XS dan iPhone XS Plus pula, saya menjangkakan sambutannya menggalakkan tapi bukan di Malaysia tapi di Singapura disebabkan ramai penjual dan pengguna akan kesana untuk membeli produk terbaru ini.

Namun prestasi jualan untuk kedua-dua model premium ini di Malaysia berkemungkinan tinggi pada awal pembukaan jualan dan akan menurun sekitar suku kedua 2019.

Konklusinya, ramai dikalangan pengguna di Malaysia berkehendakkan jenama iPhone sebagai telefon pintar utama mereka. Namun disebabkan tanda harga yang premium memungkinkan mereka terpaksa memilih model terdahulu.

Saya juga meramalkan jualan bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X akan meningkat disebabkan pelarasan harga yang akan dibuat pada 13 September 2018.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Memo Terkini Dari Pengalisis Apple Ming Chin Kuo Bagi iPhone, iPad, Apple Watch Dan MacBook

Acara Apple Special Event juga bakal ditayangkan di Twitter