in

Harga Apple Watch Siri 3 (GPS) Turun

Nampaknya sebaik sahaja Acara Khas Apple menutup tirai, Apple hari ini telah mengemaskini harga bagi Apple Watch Siri 3 dengan harga bermula RM1,229.00 hingga RM1,379.00.

apple_watch_watchos3_trio-100720935-large
Seperti diketahui penurunan harga ini disebabkan oleh pelancaran Apple Watch Siri 4 yang merupakan antara produk yang terbaik setakat ini jika dibandingkan dengan model sebelumnya.

Apple Watch Siri 3 dikuasakan dengan cip pemprosesan S3 serta mempunyai storan dalaman sebesar 8GB. Pengguna di Malaysia boleh memilih sama ada mahu membeli model Sport atau Edisi Nike.

Penurunan harga ini efektif bermula hari ini dan anda boleh membelinya di laman jualan Apple atau Pusat Jualan Apple yang sah.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  Beberapa Tali Jam Apple Watch Telah Kehabisan Stok Bagi Memberi Laluan Pada Acara Khas Apple September ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Tidak Lagi Menyertakan Sambungan Lightning Ke Picu Audio Pada iPhone Terkini.

Nasib Apple AirPower?