in

iPhone Xs Max Dinobat “Best Smartphone Display Award” Oleh DisplayMate

Seperti yang dijangka paparan Super Retina OLED yang hadir pada iPhone Xs ini telah dinobatkan sebagai Best Smartphone Display Award oleh DisplayMate.

iPhone Xs telah memperoleh penarafan A+ iaitu penarafan tertinggi yang belum pernah diberi pada telefon pintar lain di dunia.

Walaupun iPhone X pada tahun lepas turut diberikan penarafan A+ namun dari segi pemarkahan iPhone Xs mempunyai nilai tertinggi setakat ini.

iphone-xs-max-gold-sku-header
iPhone Xs Max

Berikut merupakan keputusan yang dikeluarkan oleh DisplayMate bagi iPhone Xs Max.

Walaupun beberapa bulan lepas DisplaMate telah menarafkan Note 9 sebagai paparan terbaik yang turut memperoleh A+, namun bagi iPhone Xs ia memperoleh pemarkahan tertinggi setakat ini.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mengumumkan 10 Orang Pemenang Dalam Pertandingan Menangkap Gambar Menggunakan iPhone

Berikut kenyataan dari pihak DisplayMate

Based on our extensive Lab Tests and Measurements, the iPhone XS Max has an impressive Smartphone display with close to Text Book Perfect Calibration and Performance, which we will cover in extensive detail here.

Setakat ini ujian hanya dilakukan pada iPhone Xs Max sahaja. Walau bagaimanapun bagi iPhone Xs pihak DisplayMate memaklumkan bahaaa keputusan yang akan diperolehi hampir sama.

Dengan penarafan ini iPhone Xs Max boleh dianggap antara telefon pintar yang mempunyai paparan yang terbaik di dunia.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber:9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

A|X Memperkenal Jam Pintar Terbaharu Armani Exchange Connected

Huawei Yakin Cip Pemprosesan Kirin 980 Mengatasi Apple A12 Bionic