in

Peruncit Di China Mula Menurunkan Harga iPhone Sehingga 20%

Semalam saya ada menerbitkan satu penulisan berhubung pengurangan harga bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone XR, iPhone XS Max Dan iPhone XS.

iphone8-iphone8plus-product-red-front-back-041018-big-jpg-large

Hari ini peruncit di China antaranya JD.com dan Suning mula menyelaras harga iPhone di mana iPhone 8 dan iPhone 8 Plus menerima potongan harga sehingga 20% dan iPhone XR 17%.

iphonexr

Dengan pengurangan harga ini iPhone 8 64GB dijual pada harga 3,999.00 yuan atau sekitar RM2,424.81 dan iPhone XR 64GB dijual pada harga 5,399.00 yuan atau RM3,273.73.

Walaupun harga iPhone mengalami penurunan, Apple masih mengekalkan harga iPhone di laman atas jualan merek.

Sekiranya pengguna mahukan potongan harga ini mereka boleh terus membelinya melalui peruncit di China.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mengumumkan 10 Orang Pemenang Dalam Pertandingan Menangkap Gambar Menggunakan iPhone

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Switch Malaysia Mengadakan Potongan Harga RM400.00 Bagi iPhone XS Max

Tim Cook: Sebanyak 11 juta Bateri Telah Ditukar Sepanjang Program Penggantian Bateri iPhone