in ,

Ming-Chin Kuo Mengeluarkan Pandangan Berhubung Cip Pemprosesan Kirin 980 Dan Apple A12 Bionic

Hari ini 9to5Mac telah berkongsi maklumat yang mereka peroleh dari nota yang ditulis oleh penganalisis Apple Ming-Chin Kuo berkenaan cip pemprosesan Kirin 980 keluaran Huawei.

Seperti diketahui bahawa Huawei telah membuat satu kenyataan bahawa cip pemprosesan mereka mampu mengatasi cip keluaran Apple A12 Bionic.

Umum mengetahui bahawa Apple sering menghasilkan cip pemprosesan paling berkuasa di dunia. Tidak hairanlah cip Apple A11 Bionic sehingga kini masih dianggap cip paling berkuasa walaupun sudah menjangkau usia satu tahun.

huawei-kirin-980-1500x1000

Kuo dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Huawei sedang berusaha untuk menyaingi Apple secara lebih dekat dengan terciptanya cip pemprosesan Kirin 980.

Hakikatnya cip pemprosesan Apple A12 dan Kirin 980 mempunyai banyak persamaan termasuklah kedua-dua cip ini dibangunkan dalam kilang yang sama iaitu TSMC yang berpangkalan di Taiwan.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Hadir Dengan 70 Emoji Baharu

Selain itu kedua-dua cip ini hadir dengan 7nm dengan 6.9 billion transistor.

apple-a12-bionic-header-wccftech.com_-2060x1163

Dalam nota yang ditulis oleh beliau juga, Kuo berpandangan bahawa Huawei sedang berusaha untuk menyaingi Apple memandangkan kebanyakan cip pemprosesan yang dipakai oleh peranti Android dihasilkan oleh pihak Qualcomm.

Konklusinya, walaupun Huawei mampu menyaingi Apple dan segmen pembuatan cip pemprosesan. Namun Apple masih mempunyai kelebihan dalam pembangunan iOS.

Sejujurnya ramai pengguna cenderung memilih iPhone adalah disebabkan oleh sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple.

Hakikatnya hebatnya sesebuah telefon pintar bergantung kepada perkakasan dan sistem operasi.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kerentanan di iOS 12 membolehkan lock screen dipintas

iOS 12.1 BETA 2 Sedia Untuk Dikemaskini