in ,

Kuo: iPhone SE Plus Dilancarkan Seawal Suku Kedua Tahun 2021

Penganalisis terhormat Ming-Chin Kuo telah memaklumkan bahawa Apple mungkin melancarkan “iPhone SE Plus” seawal suku kedua tahun 2021.

Sebelum ini Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan laporan pada Disember 2019 bahawa “iPhone SE Plus” dilancarkan pada suku pertama tahun 2021.

“iPhone SE Plus” dikatakan hadir dengan skrin 5.5-inci di mana buat pertama kali Touch ID diletakkan pada butang kuasa seperti yang dipraktikkan pada Sony Xperia.

Sebelum ini riuh rendah di Twitter saya apabila saya seolah-olah kagum dengan Touch ID pada iPad Air.

AC328-E4-D-BC31-44-D3-BD03-1-CF140-E97-BE4

Hakikatnya saya bukan terpegun dengan teknologi ini memandangkan ia bukanlah sesuatu yang baru.

Apa yang menarik perhatian saya adalah laporan Ming-Chin Kuo sebelum ini. Bermakna laporan yang dikeluarkan pada tahun 2019 adalah tepat.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mengumumkan 10 Orang Pemenang Dalam Pertandingan Menangkap Gambar Menggunakan iPhone

Ming-Chi Kuo antara sumber yang sering saya kongsi kepada anda memandangkan beliau antara individu yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam melaporkan produk Apple.

Tahun hadapan Apple mungkin melancarkan lima buah iPhone iaitu, iPhone SE Plus, iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Inkarnasi MacBook 12-Inci?

iPhone 11 Telefon Pintar Paling Popular di Dunia