in ,

Kerentanan di iOS 12 membolehkan lock screen dipintas

iOS 12 baru sahaja dilepaskan baru-baru ini. Apple sebagai pengeluar iPhone dan iOS seringkali mendakwa peranti mereka mempunyai tahap keselamatan yang hebat. Namun baru-baru ini seorang penggodam telah berjaya memintas lock screen iOS 12 sekaligus memberi akses foto dan contact kepadanya.

kerentanan iOS 12

Ia ditemui oleh seorang penyelidik keselamatan, Jose Rodriguez. Untuk memintas lock screen, beberapa proses yang agak rumit perlu dilakukan. Anda boleh lihat bagaiman EverythingApplePro melakukakanya di video Youtube di bawah.

Walaupun prosesnya agak rumit, namun ia tidak mustahil untuk dilakukan kerana tidak memerlukan apa-apa alatan. Ia juga tidak memerlukan masa yang lama. Walaupun hanya foto dan contact sahaja yang boleh diakses, namun ia tetap membimbangkan, terutamanya apabila proses ini juga boleh dilakukan di iOS 12.1 yang masih dalam fasa Beta.

Kepada yang bimbang perkara ini terjadi kepada anda, anda boleh menutup kelemahan sistem ini dengan menyahaktifkan Siri di lock screen peranti anda. Pergi ke bahagian Face ID & Passcode di Settings iPhone anda.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengguna Berpuas Hati Dengan Kemaskini iOS 12

Majoriti Pengguna Berpuas Hati Dengan Kemaskini iOS 12

Ming-Chin Kuo Mengeluarkan Pandangan Berhubung Cip Pemprosesan Kirin 980 Dan Apple A12 Bionic