in ,

iOS 12 Telah Dikemaskini Sebanyak 46% Pada Peranti iPod,iPad dan iPhone

Umum mengetahui bahawa Apple baru sahaja melepaskan kemaskini iOS 12 kepada iPhone,iPad dan iPod. Semasa acara WWDC 2018, Craig Federigi telah memaklumkan kepada umum bahawa iOS 12 menumpukan kepada prestasi pada iPhone 5S.

Screenshot_20181005-033505

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Apple setakat 3 September 2018, sebanyak 85% peranti Apple telah mengemaskini iOS 11.

Walau bagaimanapun, setakat hari ini tiada kenyataan rasmi dari Apple berapa peratus peranti yang telah mengemaskini iOS 12.

mixpanelios12adoption-800x386_1

Terkini, Mixpanel telah mengeluarkan laporan di mana 46.25% peranti Apple telah mengemaskini iOS 12 manakala
46.57% peranti masih mengekalkan iOS 11.

Berdasarkan laporan ini jelas menunjukkan bahawa iOS 12 telah mendapat sambutan yang positif dikalangan pengguna Apple memandangkan iOS 12 kali ini tidak mengalami perubahan yang ketara.

Screenshot_20181005-034812

Berdasarkan soal selidik yang melibatkan 3,175 responden, majoriti responden di Malaysia berpuas hati dengan kemaskini iOS 12.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Galaxy J2 Prime Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Saya berpandangan laporan rasmi bagi jumlah peratusan kemaskini yang rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, saya menjangkakan laporan yang dikeluarkan oleh Mixpanel tidak terlalu berbeza dengan laporan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Apple kelak.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Rest in Peace Steve Jobs (1955-2011)

iPhone Xr Akan Berada Di Pasaran Pada 26 Oktober 2018?