in

iOS 12.1.1 Dilepaskan Secara Rasmi Bagi Menyelesaikan Masalah Face ID Pada iPhone X

Beberapa bulan kebelakangan ini,ramai pengguna iPhone X menghadapi masalah pada Face ID yang gagal berfungsi.

Memandangkan kes ini melibatkan ramai pengguna, pihak Apple telah mengeluarkan kaedah penyelesaian yang boleh dibaca di laman web mereka.

Hari ini mungkin berita gembira bagi pengguna iPhone X di mana Apple telah melepaskan iOS 12.1.1 yang membantu menyelesaikan masalah kegagalan Face ID.

IMG-20181206-024231

Selain itu iOS 12.1.1 juga padat dengan pelbagai penambahbaikan termasuklah:

  1. Membaca notifikasi pada iPhone XR menggunakan Haptic Touch
  2. Tambahan kepada pembekal rangkaian eSIM bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max
  3. Menangkap live-photo secara one-to-one bagi panggilan Face Time
  4. Lain-lain

Kepada semua pengguna iPhone 5S dan ke atas anda boleh mengemaskini iOS 12.1.1 secara Over-The-Air (OTA) atau melalui iTunes.

Lagi artikel di ifon.my  Apakah Yang Dimaksudkan Dengan iOS Beta dan Public Beta?

Namun, saya menasihatkan kepada pengguna yang tidak mahu mengambil sebarang risiko. Adalah lebih molek jika anda menangguhkan dahulu kemaskini ini sementara melihat maklum balas dari pengguna yang mengemaskini iOS terbaharu ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Mula Menjual Clear Case Bagi iPhone XR

iTworld Mengadakan Promosi Macbook Air 11 inci Dengan Tanda Harga RM2,499.00