in

Rest in Peace Steve Jobs (1955-2011)

Esok 6 Oktober 2011 maka genaplah lapan (8) tahun kematian Steve Jobs atau nama sebenarnya Steven Paul Jobs. Pengaruh beliau dalam merevolusikan produk Apple memang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana individu lain setakat ini.

1957-01-01_00002

Jika dilihat dari biologi asal, bapa kandung Steve Jobs hakikatnya seorang yang beragama Islam yang menetap di Syria. Namun, Steve Jobs telah diberikan kepada keluarga angkat berbangsa Yahudi yang menjaganya sehingga beliau besar.

Jasa Steve Jobs cukup besar dalam Apple, beliau jugalah individu yang berjaya menyelamatkan Apple dari diisytihar bankrap suatu masa dulu.

sjg

Kita semua maklum bahawa Steve Jobs hanya membina perkakasan elektronik di garaj kereta rumahnya sahaja sehinggalah beliau mampu membina empayar yang tercatat dalam forbes antara syarikat paling berpengaruh dan bernilai di dunia.

Tapi adakah kita semua tahu bahawa Steve Jobs pernah dibuang dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Apple sedangkan beliau merupakan pengasas kepada penubuhan Apple suatu masa dulu.

steve-jobs-next

Disebabkan beliau tidak lagi berada di Apple, beliau telah menubuhkan syarikat NeXT yang mempunyai matlamat yang sama seperti Apple. Selain itu beliau juga antara individu yang banyak membeli saham dari sebuah syarikat animasi paling terkemuka PIXAR.

toy_story_woody

Pixar Animation Studio memang semua sedia maklum merupakan syarikat yang banyak mengeluarkan filem-filem animasi seperti Toy Story, Finding Nemo, Cars dan macam-macam lagi.

Lagi artikel di ifon.my  Kenali semua CEO Apple

Pada tahun 1996 ketika Apple sudah berada dalam keadaan yang sangat kritikal ahli lembaga pengarah sebulat suara mengumumkan pengambilalihan NeXT, semasa itulah pengaruh Gil Amelio semakin menurun dan Steve Jobs berjaya menyakinkan Ahli Lembaga Pengarah untuk memecat Gil Amelio.

4ea8576decad04cb1b000023-750

Selepas pelucutan jawatan Gil Amelio, Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk melantik Steve Jobs sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Interim).

Semasa acara MacWorld pada tahun 1997, Steve Jobs telah meluahkan kekesalan semenjak beliau tidak berada dalam Apple, produk yang dihasilkan sudah tidak releven lagi dipasaran.

Macworld-_Boston-1997-6-_Aug-1997

Jika dilihat jualan Apple telah jatuh menjunam dari $11 Bilion kepada $7 Billion. Semasa acara itu juga beliau telah memperkenalkan ahli lembaga baharu termasuklah Ed Woolard, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dupont,Gareth Chang, presiden Hughes International, Larry Ellison Ketua Pegawai Eksekutif Oracle dan Jerry York Ketua Pegawai Kewangan IBM.

Steve Jobs juga membuat satu kejutan besar dengan mengumumkan kerjasama antara Apple dan Microsoft. Microsoft telah menyalurkan dana sebanyak $150 juta kepada Apple dalam bentuk pelaburan saham, namun saham terbabit tidak memberi kuasa pada Microsoft untuk mengubah polisi syarikat “no voting rights

Microsoft juga bersetuju untuk membangunkan perisian Office versi Mac dan sebagai membalasnya, Steve Jobs terpaksa meletakan pelayar Internet Explorer sebagai pelayar utama pada sistem operasi OS X

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft antara pencetus terciptanya iPhone

Semasa pengumuman ini, hampir semua penonton tidak berpuashati dengan langkah yang dilakukan oleh Steve Jobs lakukan, namun Steve Jobs menepis kembali tanggapan tesebut dengan membenarkan pelayar web lain dipasang dalam sistem operasi OS X

Selain itu, Apple juga bekerjasama dengan Microsoft berkenaan dengan Java “compatibility“.

7131_LFCm_FPL._SL1500

Sejak dari itulah, Apple kembali ke landasan yang betul dengan pelbagai inovasi baru antaranya iMac, MacPro, Macbook Pro, Macbook Air, iPod, iPad, Airport, iPhone, iPad, iCloud dan banyak lagi.

Semua inovasi yang beliau ilhamkan memang sukar dicari ganti. Kebijaksaan serta kepakaran beliau dalam mengilhamkan produk berkualiti memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Video ini merupakan yang terakhir sempat direkod sebelum Steve Jobs meninggal dunia dan Apple Park antara legasi terakhir di bawah Steve Jobs.

stevejobs_1

Steve Jobs menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Oktober 2011(waktu tempatan) pada usia 56 tahun. Dalam penulisan yang ditulis oleh Isaacson Steve Jobs telah menganut agama Buddha sebelum beliau meninggal.

Terima kasih Steve Jobs kerana mewarnai kehidupan saya dengan pelbagai inovasi yang menarik dan mengubah landskap dunia teknologi.

Rest in peace Steve Jobs

Ikhlas, xaviernaxa

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xs 64GB Dijual Serendah RM4,699.00 Dan iPhone Xs Max 64GB RM4,999.00

iOS 12 Telah Dikemaskini Sebanyak 46% Pada Peranti iPod,iPad dan iPhone