in , ,

Celcom Menawarkan Apple Watch Siri 3 PERCUMA Kepada Pelanggan Bertuah

Esok merupakan hari yang paling dinantikan oleh seluruh peminat Apple di mana iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone Xr dan Apple Watch Siri 4 (GPS) akan berada di pasaran.

Jika sebelum ini syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan Digi telah membuka pra tempah bagi ketiga-tiga model iPhone.

Esok pelanggan berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar ini di semua cawangan yang terpilih.

Celcom yang merupakan antara syarikat telekomunikasi paling berpengaruh di Malaysia akan mengadakan acara pelancaran iPhone terbaru ini bertempat di Sunway Iconic.

picture-6
Gambar sekadar hiasan

Acara ini bermula jam 7.15 pagi hingga 4.30 petang 26 Oktober 2018. Selain Celcom beberapa Penjual Sah Apple turut mengadakan acara yang sama bermula jam 8.00 pagi.

IMG-20181025-183248

Apa yang menarik pada tahun ini adalah, Celcom bakal menawarkan Apple Watch Siri 3 percuma kepada pelanggan bertuah.

Lagi artikel di ifon.my  Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

Jika sebelum ini terdapat pelanggan yang sanggup beratur dua hari sebelum acara pelancaran. Adakah tahun ini acara tersebut kekal dengan tradisi tersebut? Sama-sama kita nantikan.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Penjual Sah Apple Mula Membuat Jemputan Bagi Pelancaran Produk Terbaharu Apple

iPhone Xr Mempunyai Kapasiti Bateri Terbaik Dalam Kelasnya