in ,

Penjual Sah Apple Mula Membuat Jemputan Bagi Pelancaran Produk Terbaharu Apple

Tinggal dua (2) hari sahaja lagi iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone Xr dan Apple Watch Siri 4 akan berada di pasaran Malaysia secara rasmi.

Jika sebelumnya pengguna hanya berkesempatan untuk membuat pra tempah, kali ini mereka berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan produk terbaharu sebelum membelinya.

Screenshot-20181024-130129

Setakat ini Machine Malaysia dan Switch Malaysia telah membuat jemputan kepada seluruh peminat Apple untuk hadir ke majlis pelancaran bagi produk terbaharu ini.

iphone-xr-select-static-201809-GEO-EMEA

Antara produk yang dijangka akan mendapat sambutan yang tinggi antaranya iPhone Xr yang dijual pada harga bermula RM3,599.00 bagi kapasiti 64GB, RM3,849.00(128GB) dan RM4,299.00 (256GB).

Apple-watch-series-4

Selain itu Apple Watch Siri 4 juga bakal menjadi antara model yang paling dinantikan oleh seluruh peminat Apple di Malaysia di mana ia akan dijual dengan dua variasi saiz iaitu RM1,749.00(40mm) dan RM1,899.00(44mm).

xs-kaikki

Bagi IPhone Xs pula harga jualan bermula RM4,999.00 (64GB),RM5,699.00(256GB), dan RM6,649.00(512GB). iPhone Xs Max dijual pada harga RM5,399.00(64GB), RM6,099.00 (256GB) dan RM7,049.00(512GB).

Lagi artikel di ifon.my  Acara Apple Special Event juga bakal ditayangkan di Twitter

Sekiranya anda seorang peminat setia produk Apple jangan lepaskan peluang untuk turut hadir ke majlis pelancaran ini. Berdasarkan jemputan yang dibuat oleh Machine Malaysia, antara lokasi yang akan diadakan termasuklah Mid Valley, KLCC,Lot10, Sunway Pyramid, Empire Subang dan banyak lagi.

Manakala Switch Malaysia akan diadakan di The Mines, Sunway Pyramid,My Town, Sunway Putra dan banyak lagi.

Acara ini bermula pada 26 Oktober 2018 jam 8.00 pagi. Saya mungkin akan berada di Switch Sunway Pyramid untuk melihat sendiri kemeriahan acara ini.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Celcom Menawarkan Apple Watch Siri 3 PERCUMA Kepada Pelanggan Bertuah