in

Pasaran Mac Menjunam 24.3% Bagi Suku Ketiga Tahun 2018

Nampaknya beberapa bulan kebelakangan ini Apple telah menerima pelbagai cabaran termasuklah kelemahan permintaan terhadap iPhone yang menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

Terkini, TrendForce melaporkan pasaran bagi Mac telah jatuh menjunam sebanyak 24.3% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

711762001542685370

Dengan prestasi yang lemah ini, Apple telah jatuh di kedudukan kelima dengan penguasaan sebanyak 7.9% bagi suku ketiga 2018.

Kelemahan ini berpunca dari pengguna yang menangguhkan pembelian bagi menunggu Apple melancarkan Macbook Air 2018.

Macbook-Air-BF-Gear-Patrol-Lead-Full

Selain itu, dasar Apple yang menetapkan tanda harga premium terhadap produk Mac telah menyebabkan pengguna beralih ke jenama lain.

Lagi artikel di ifon.my  PowerMac G4 Cube & Era Kegemilangan Apple

HP dan Lenovo juga turut mencatatkan penurunan dengan masing-masing turun sekitar 1.6% dan 1.8%. Walau bagaimanapun, pasaran Dell nampaknya telah meningkat 8% berbanding sebelumnya dengan penguasaan sebanyak 16.8%.

Konklusinya, dengan kelemahan pasaran bagi produk Mac telah memberi petunjuk jelas bahawa pengguna mula beralih kepada jenama yang lebih berpatutan.

Setakat ini, saham Apple diniagakan sekitar $177.63 naik 0.65 mata. Modal pasaran Apple juga dinilai sekitar $843B.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Aplikasi Tumblr Dibuang Dari App Store Atas Sebab Pornografi Kanak-kanak

Akibat Tekanan, Apple Terpaksa Menurunkan Harga Jualan Bagi iPhone Xr Dan Menjual Kembali iPhone X.