in , ,

Apple Bakal Melancarkan Apple Watch Siri 4 Pada Acara Khas Apple- Episod 2

Seperti diketahui secara kebiasaannya Apple bakal mengadakan acara khas pada bulan September. Dalam acara tersebut pelbagai produk serta inovasi bakal dilancarkan. Sila baca penulisan sebelum ini

Kali ini satu sumber melaporkan bahawa Apple telah memfailkan enam model baru bagi Apple Watch di Eurasian Economic Commission iaitu A1977,A1975, A1978, A1976, A2007 dan A2008 seperti yang dilaporkan oleh blog dari Perancis Consomec. 

30698-posts.main_image
Apple Watch Siri 3 

Berdasarkan laporan ini besar kemungkinan Apple bakal melancarkan Apple Watch Siri 4 semasa acara khas Apple yang akan dijadualkan pada September ini. 

Sebelum ini penganalisis Apple Mig-Chi Kuo telah menjangkakan bahawa Apple Watch Siri 4 akan hadir dengan skrin 15% lebih besar serta meningkatkan jangka hayat bateri. 

Lagi artikel di ifon.my  Apple Watch Siri 4 diperkenalkan
Apple-watch-ronde-3
Gambar Sekadar Illustrasi

Terdapat khabar angin bahawa Apple bakal memperkenalkan Apple Watch dengan skrin bulat. Namun saya berpandangan terlalu awal untuk Apple merombak rekaan asal bagi Apple Watch. 

Apple Watch Siri 4 bakal dilancarkan oleh Apple bersama-sama dengan pelancaran iPhone 2018 serta pengumuman tarikh perlepasan bagi iOS 12, macOS Mojave dan watchOS 5.  

SEKADAR PANDANGAN

Sumber:Consomec

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Essential Phone Dijual Pada Harga RM919.00

iOS 12 BETA 9 Sedia Untuk Dikemaskini