in ,

Ramalan Harga iPhone 12

Umum mengetahui, sehingga ini Apple belum memaklumkan tarikh pelancaran bagi iPhone 12. Namun menurut Jon Prosser, tarikh pelancaran iPhone 12 ditetapkan pada 14 Oktober 2020 jam 1.00 pagi (waktu tempatan). Kebiasaannya Apple akan melancarkan produk iPhone mereka pada bulan September. Namun disebabkan isu Covid-19 telah memaksa mereka menangguh sehingga bulan Oktober. iPhone 4S merupakan model pertama dilancarkan pada bulan Oktober. Pada ketika itu Apple berada dalam saat genting setelah kematian Steve Jobs pada 5 Oktober 2011. 90 Kali ini saya ingin berkongsi secara peribadi tentang ramalan harga bagi iPhone 12. Sebelum saya berikan jawapan tersebut, kita perlu lihat sejarah harga dari iPhone 6 hinggalah iPhone 11.
Lagi artikel di ifon.my  Pengakhiran Sebuah MacBook
iPhone 6 $649/RM2,399.00 iPhone 6 Plus $749/RM2,739.00 iPhone 6S $649/RM3,199.00 iPhone 6S Plus $749/RM3,699.00 iPhone 7 $649/RM3,199.00 iPhone 7 Plus $769/RM3,799.00 iPhone 8 $699/RM3,649.00 iPhone 8 Plus $799/RM4,149.00 iPhone X $999/RM5,149.00 iPhone XR $749/RM3,599.00 iPhone XS $999/RM4,999.00 iPhone XS Max $,1099/RM5,399.00 iPhone 11 $699/RM3,399.00 iPhone 11 Pro $999/RM4,899.00 iPhone 11 Pro Max $1,099/RM5,299.00 Berdasarkan senarai ini kita boleh lihat harga bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max turun sekitar RM100 hingga RM200.00. Kali terakhir Apple menaikkan harga adalah semasa pelancaran iPhone X dan iPhone XS Max. i-Phone-12-Pro-oo-1 Disebabkan harga bagi versi mercu ini tidak mempunyai sebarang perubahan harga, maka berikut ramalan harga bagi iPhone segmen mercu:
Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi
iPhone 12 Pro $999/RM4,899.00 iPhone 12 Pro Max $1,099/RM5,299.0 Seperti diketahui Apple bakal melancarkan empat buah model iPhone tahun ini dan berbeza dengan tahun sebelumnya iaitu tiga buah model. Memandangkan kedua-dua model ini tidak mempunyai sebarang rujukan, berikut merupakan ramalan harga bagi model tersebut: iPhone 12 Mini $699/RM3,399.00 iPhone 12 $749/RM3,599.0 Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah kesemua model ini akan dijual, namun mengikut laporan daripada Jon prosser 23 Oktober 2020 adalah tarikh jualan di Amerika Syarikat (AS). Oleh yang demikian, saya meramalkan jualan iPhone 12 besar kemungkinan sekitar pertengahan November atau lewat November. Gambar latar kredit: Tom’s Guide Gambar kandungan kredit: The Indian Express  

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

iPad Generasi Kelapan Telah Mendapat Kelulusan Jualan Di Malaysia