Nampaknya Samsung sekali lagi mendapat malu besar apabila mereka telah memuatnaik iklan Samsung Galaxy Note 9 di akaun Twitter menggunakan iPhone.
Hakikatnya kes seperti ini pernah berlaku akibat dari kecuaian pihak Samsung. Nampaknya mereka tidak serik dengan menjadikan iPhone sebagai bahan promosi mereka.
Kali ini Samsung Nigeria telah memuatnaik iklan yang menerangkan tentang kehebatan skrin SuperAMOLED, namun iklan mereka telah dikesan oleh Pengulas Teknologi terkemuka MKBH di mana mereka mengguna iPhone untuk memuatnaik iklan tersebut.
Setelah pihak Samsung Nigeria mengetahui akan perkara ini, nampaknya akaun Twitter mereka telah dinyahaktif semalam dan pagi ini ia dapat diakses semula.
Walaubagaimanapun, Twitter @samsungmobileng sekali lagi diserang oleh Netizen yang mengejek Samsung berkaitan peranti yang terbaik untuk menciap Twitter.
Dengan kes yang sering berlaku ini, diharap pihak Samsung lebih berhati-hati dalam menciap sebarang iklan. Pihak Samsung mungkin boleh meniru Facebook dengan mengharamkan semua eksekutif menggunakan iPhone.
SEKADAR PANDANGAN