in , ,

iPhone dan Samsung Yang Manakah Kos Alat Ganti Paling Berpatutan?

Memiliki sebuah telefon pintar boleh dianggap satu keperluan di era serba moden ini. Namun adakah kita cakna dalam menilai sesebuah telefon pintar sebelum membelinya?

Sebelum ini saya telah menggariskan 10 perkara yang harus anda tekankan sebelum membeli telefon pintar iaitu Warranti, Alat Ganti, Aksesori, Sokongan Perisian atau Perkakasan, Ekosistem, Harga, Susut Nilai, Jenama, Kualiti dan Pusat Jualan.

Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan kos alat ganti asli bagi telefon pintar Samsung dan iPhone. Kedua-dua jenama ini boleh dianggap antara yang popular bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia.

dims

Saya mengakui ramai dikalangan kita mampu untuk membeli sebuah telefon flagship yang mempunyai tanda harga melebihi RM4,000.00.

Namun terdapat segelintir pengguna tidak menitikberatkan berkenaan penjagaan sesebuah telefon pintar yang menyebabkan terpaksa membawa telefon pintar mereka untuk dibaiki.

Lagi artikel di ifon.my  Penundaan Produk Apple Di Era Tim Cook Lebih Tinggi Berbanding Steve Jobs

Antara kerosakan yang sering dialami oleh pengguna adalah skrin retak atau pecah, telefon dimasuki air, masalah bateri dan lain-lain.

Namun apa yang agak mendukacitakan pemilik telefon pintar ini gemar menghantar telefon pintar mereka ke kedai biasa untuk dibaiki. Akibatnya telefon pintar mereka tidak lagi menggunakan komponen asli 100%.

iphonex-_TA

Bagi kes telefon pintar Samsung, saya kurang arif berkenaan tahap kualiti sesuatu alat ganti tiruan. Kontradiksi dengan iPhone, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Apple menjelaskan bahawa masalah mungkin akan berlaku sekiranya terdapat komponen tiruan dipasang.

Disini saya sertakan perbandingan harga komponen asli bagi iPhone dan Samsung.

30-_Aug-sst-part-price

Tanda Harga Samsung

Jika dilihat pada tanda harga bagi alat ganti Samsung, motherboard dan LCD Skrin antara yang paling premium dikenakan kepada pengguna.

Lagi artikel di ifon.my  Harga iPhone 8/Plus dan iPhone X Dijangkan Turun Pada 13 September 2018
Screen_Shot_2018-06-01_at_8.57.56_AM_1024x1024
Tanda Harga Alat Ganti iPhone

Bagi iPhone pula harga bagi penukaran satu unit iPhone antara paling tinggi memiliki tanda harga iaitu sekitar RM1,499.00 hingga RM3,099.00.

Namun jika dibezakan dari segi kos penukaran bateri, iPhone antara yang termurah di pasaran setakat ini dengan harga permulaan RM121.00.

Walau bagaimanapun,harga RM121.00 ini hanya efektif bermula Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 sahaja.

Secara rumusannya, Samsung menawarkan lima jenis penukaran alat ganti berbanding iPhone sebanyak 10 tawaran.

Dengan senarai harga bagi alat ganti ini, sedikit sebanyak ia akan memberikan anda ruang untuk membuat sebarang penelitian terhadap telefon pintar sebelum membelinya.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Media China Melaporkan Apple Bakal Memperkenalkan iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC

Memo Terkini Dari Pengalisis Apple Ming Chin Kuo Bagi iPhone, iPad, Apple Watch Dan MacBook