in

‘123456’ Dan ‘password’ Kekal Kata Laluan Terburuk Untuk Tahun Ke-5 Berturut-turut

SplashData hari ini telah menerbitkan senarai tahunan bagi kata laluan terburuk untuk tahun 2018.

Penilaian ini dibuat melalui rujukan dari sumber yang diperoleh dari 5 juta kata laluan yang tertiris di laman siber.

D42-B03-B6-7-B09-4-E11-AEC5-6528-DFD6-DA13

Berbanding tahun sebelumnya, data yang diperoleh untuk tahun 2018 adalah dari laman berprofil tinggi.

Namun pengguna internet seolah-olah kurang cakna akan kesan penggunaan kata laluan yang mudah diteka.

Kata laluan ‘123456’ dan ‘password’ kekal antara kata laluan terburuk untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Selain itu, kata laluan ‘111111’, ‘sunshine’, ‘princess’ dan ‘666666’ antara kata laluan baharu yang turut tersenarai sebagai kata laluan terburuk bagi tahun 2018.

Berikut merupakan kata laluan paling popular untuk tahun 2018.

Lagi artikel di ifon.my  Secure2u Adalah Madatori Bagi Aplikasi Maybank berkuat kuasa 22 Januari 2019

1) 123456
2) password
3) 123456789
4) 12345678
5) 12345
6) 111111
7) 1234567
8) sunshine
9) qwerty
10) iloveyou

Penggunaan kata laluan seperti ini amatlah kurang sesuai lebih-lebih lagi melibatkan data peribadi anda seperti kad kredit dan kad debit.

Penggunaan kata laluan seperti ini juga akan memberi risiko terhadap ancaman siber pada anda.

Sekiranya kata laluan anda tersenarai dalam laporan di atas. Saya menggalakkan anda untuk membuat kemaskini kata laluan dengan kadar segera.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ming-Chin Kuo: Permintaan iPhone XR Lemah

Pra Tempah OnePlus 6T Edisi McLaren Pada Harga RM3,388.00