in

Pra Tempah OnePlus 6T Edisi McLaren Pada Harga RM3,388.00

Beberapa hari lepas pihak OnePlus telah melancarkan OnePlus 6T edisi McLaren yang hadir dengan RAM sebesar 10GB serta pengecasan pantas Warp Charge 30W.

oneplus-6t-mclaren-edition-official-002-1280x852

Dari segi rekaan, pihak OnePlus masih mengekalkan rekaan seperti model terdahulu namun kerangka belakangnya diselaputi permukaan karbon fiber dengan lingkaran jalur berwarna oren di sisinya.

One-Plus-6-T-Mc-Laren-Edition-3

OnePlus 6T McLaren dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 dengan memori dalaman 256GB, 10GB RAM,skrin Optik AMOLED 6.41 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel, Oxygen OS versi 9.0.5 (Android 9.0 Pie) serta bateri berkapasiti 3700 mAh.

Harga jualan bagi OnePlus 6T edisi McLaren ini adalah $699.00 namun belum dapat dipastikan berapakah harga jualan di Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  MKBHD: OnePlus 6T Dinobatkan Smartphone Of The Year

Screenshot-2018-12-15-at-12-04-30-AM

Namun sekiranya anda berminat untuk menjadi pengguna terawal memiliki edisi khas ini, anda boleh terus membeli di laman Lazada Malaysia pada harga RM3,388.00. Sila klik pada pautan Beli OnePlus 6T Edisi McLaren.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

‘123456’ Dan ‘password’ Kekal Kata Laluan Terburuk Untuk Tahun Ke-5 Berturut-turut

Program Penukaran Bateri: Kepada Pengguna iPhone, Mohon Jangan Menyesal