in

Ming-Chin Kuo: Permintaan iPhone XR Lemah

Penganalisis Apple Ming-Chin Kuo hari ini telah mengeluarkan laporan berhubung prestasi jualan iPhone XR.

Kuo memaklumkan bahawa permintaan terhadap iPhone menurun sehingga 20% berbanding jangkaan.

97-E02-DCA-790-B-4772-9-D43-D1-C427-D59-AED

Memetik kenyataan beliau bahawa sebanyak 38-42 juta unit iPhone sahaja bakal terjual pada suku pertama tahun 2019 berbanding ramalan sebelum ini sebanyak 47-52 juta unit.

We have reduced our 1Q19 iPhone shipment estimation by 20% to 38–42mn units (vs. our previous forecast of 47–52mn): We cut the 1Q19 iPhone shipment estimation again for the following reasons. (1) Lower-than-expected XR demand. We have reduced our 1Q19 XR shipment estimation to 15–20mn units vs. our previous forecast of 20–25mn units. (2) The increase in orders of legacy iPhone models cannot offset the decline of XR and XS series shipments because of the low season impact.

Berdasarkan rekod, Apple berjaya menjual sebanyak 52.2 juta unit iPhone pada suku pertama tahun 2018 di mana iPhone X antara model paling laris dalam kelasnya.

Lagi artikel di ifon.my  Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Kuo juga menjangkakan bahawa jualan bagi iPhone XR dijangka dijual sebanyak 15-20 juta unit sahaja berbanding 20-25 juta unit seperti yang diramalkan sebelum ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Aplikasi Tumblr Kembali Di App Store

‘123456’ Dan ‘password’ Kekal Kata Laluan Terburuk Untuk Tahun Ke-5 Berturut-turut