Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak soalan-soalan dari pengguna iPhone berhubung iOS Public BETA. Kebanyakkan dari pengguna iPhone masih belum memahami sepenuhnya apakah maksud Public BETA dan mengapa ia perlu ada.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut berhubung topik ini, anda harus memahami dahulu asas bagi kitaran hidup bagi keluaran perisian (software release life cycle). Secara asasnya terdapat tujuh (7) kitaran hidup bagi sesebuah keluaran perisian termasuklah:
- Pre-alpha
- Alpha
- Beta
- Release Candidate
- Release to Manufacturing (RTM)
- General Availability (GA)
- Production (Gold Master)
Memandangkan saya kesuntukan masa, saya tidak akan menjelaskan secara terperinci bagi setiap kitaran hidup bagi keluaran sesebuah perisian. Namun, apa yang ingin saya terjemahkan disini bahawa pembangunan iOS secara dasar terdapat dua versi utama iaitu:
- Beta
- Production (Gold Master)
Tujuan utama mengapa Apple melepaskan versi Beta adalah untuk memberi peluang kepada Pembangun Perisian (Software Developer) untuk menguji aplikasi yang dibangunkan oleh mereka agar selari dengan iOS terkini
Selain itu Pembangun Perisian turut mempunyai akses untuk melaporkan sebarang pepijat atau masalah yang dihadapi pada iOS yang masih dalam pembangunan.
Dengan pejelasan di atas, secara tuntas iOS versi Beta sangat tidak selamat untuk digunakan oleh orang awam memandangkan ia masih belum stabil serta dipenuhi dengan pepijat. Kerana itulah Pembangun Perisian perlu mendaftar dan membayar yuran untuk melayakkan mereka menggunakan versi tersebut.
Berbalik kepada topik kita sebelum ini berkenaan Public Beta, berdasarkan ulasan saya iOS hanya ada dua versi sahaja iaitu Beta dan Gold Master. Dimana datangnya Public Beta?
Sebenarnya Public Beta tergolong dalam versi Beta, cuma yang membedakanya ia boleh dikemaskini oleh Orang Awam.
Public Beta hakikatnya mempunyai sifat yang hampir sama dengan versi Beta, cuma risiko yang dihadapi oleh Orang Awam lebih minima dari Pembangun Perisian. Kali pertama Apple memperkenalkan Public Beta adalah semasa pelancaran iOS 8.
Orang Awam yang menggunakan iOS Public Beta boleh bertindak sebagai “Pembangun Perisian” yang mempunyai akses melaporkan sebarang masalah atau pepijat yang dihadapi pada iOS berkenaan. Orang Awam yang menggunakan iOS Public Beta mempunyai kebaikan dan juga keburukan antaranya:
Kebaikan
Menjadi orang terawal yang mencuba iOS versi terkini dan berpeluang untuk melaporkan sebarang isu kepada Apple sekiranya iOS Public Beta berdepan masalah.
Keburukan
Pengguna akan hadapi masalah pada iPhone, iPad dan iPod termasuklah jangka hayat bateri yang cepat, masalah dalam menggunakan aplikasi pihak ketiga, panas dan lain-lain.
Untuk melayakkan Orang Awam mengemaskini iOS Public Beta, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu. Pendaftaran Program Public Beta adalah PERCUMA dan sekiranya anda berminat, sila ikut arahan yang akan saya ulas bagi penulisan seterusnya.
SEKADAR PANDANGAN