in , ,

DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Sebelum ini saya pernah mengeluarkan satu penulisan yang memaklumkan bahawa telefon pintar Samsung Galaxy J2 Prime dinobat sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia untuk suku ketiga tahun 2018.

u-10168688

Pada 18 Januari 2019 DeviceAtlas telah mengeluarkan laporan yang mana iPhone 7 Plus dinobatkan sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia untuk suku keempat tahun 2018. Sesuatu yang agak mengejutkan apabila telefon pintar keluaran Apple berjaya berada di kedudukan teratas berbanding model Samsung dan Huawei.

iPhone 7 Plus telah menguasai 5.65% dari keseluruhan pasaran Malaysia. Peningkatan ini didorong dari harga yang rendah, spesifikasi serta kualiti kamera yang masih baik.

iPhone 7 Plus dijual pada harga RM2,749.00 bagi storan 32GB dan RM3,199.00 untuk storan dalaman 128GB. Model ini secara dasar masih dijual di pasaran.

Screenshot-2019-01-27-at-11-26-45-AM

Phone 6 telah berjaya berada di kedudukan kedua dengan penguasaan pasaran sebanyak 5.61% jauh mengatasi pencabar Samsung Galaxy J2 Prime LTE yang hanya menguasai sebanyak 4.27%.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Anda Tahu Bahawa Case iPhone Juga Memudaratkan?

Peningkatan drastik bagi iPhone 6 ini disebabkan harga jualan yang sangat rendah iaitu sekitar RM999.00 hingga RM1,200 sekaligus menarik perhatian peminat telefon pintar untuk membeli model ini.

71uq1-Yyk-CPL-SL1500

Walaupun iPhone 6 sudah empat tahun berada di pasaran, namun permintaan terhadap model ini masih tinggi. iPhone 6 hakikatnya telah ditamatkan pengeluaranya pada 13 September 2018, namun Pusat Jualan Apple masih menjual model ini dengan harga yang rendah bagi menarik pengguna untuk membelinya.
Screenshot-2019-01-27-at-11-26-05-AM

Jika kita membuat perbandingan antara Malaysia dengan Indonesia, Samsung Galaxy J2 Prime LTE dan Oppo A37f telah berjaya berada di kedudukan pertama dan kedua dengan penguasaan sebanyak 6.26% dan 2.52%.

Perbedaan yang ketara ini mungkin disebabkan kuasa beli serta kekuatan promosi di sesebuah negara. Berdasarkan laporan dari StatCounter, Android dan iOS telah menguasai sebanyak 79.36% dan 19.88%  di Malaysia berbanding Indonesia iaitu sebanyak 92.31% dan 5.85%.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melancarkan Program Penggantian Skrin iPhone 11

Tuntasnya, dengan laporan yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas ini jelas menunjukkan pengguna di Malaysia lebih cenderung untuk memilih model iPhone berbanding peranti Android untuk suku keempat tahun 2018.

Walaupun keputusan yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas sedikit meragukan, namun dengan kenyataan dari Tim Cook bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai permintaan yang  tinggi bagi produk iPhone telah membuktikan bahawa kuasa beli iPhone adalah tinggi di Malaysia walaupun berdepan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu.

SEKADAR PANDANGAN

PENAFIAN: Ini hanyalah pandangan penulis semata-mata dengan menjadikan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas dan StatCounter sebagai rujukan.

Sumber : Data StatCounter IndonesiaData StatCounter Malaysia, DeviceAtlas Malaysia, DeviceAtlas Indonesia

 

 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Johny Srouji Kekal Di Apple

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan iOS Beta dan Public Beta?