in

Apple Melancarkan AirPods Generasi Baharu

Setelah dua tahun Apple tidak melancarkan model terbaru bagi AirPods, hari ini Apple secara rasmi telah melancarkan AirPods generasi kedua yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Apple juga turut memperkenalkan AirPods dengan pengecasan berwayar.

AirPods generasi baharu ini hadir dengan cip H1 yang membolehkan anda menyebut Hey SIRI ketika muzik sedang dimainkan.

143568

AirPods terbaharu ini menyokong Qi Wireless bagi membolehkan AirPods anda dicas menggunakan AirPower atau aksesori pengecasan tanpa wayar lain.

Dari segi jangka hayat bateri, AirPods mampu bertahan sehingga 5 jam ketika mendengar muzik dan 3 jam ketika masa berbual dalam satu cas penuh. Manakala case AirPods mampu bertahan lebih 24 jam.
AirPods generasi baharu ini menyokong iPhone,iPod dan iPad yang menggunakan iOS 12.2 ke atas. Manakala Apple Watch ia harus menyokong watchOS 5.2 dan bagi Mac ia harus menyokong macOS 10.14.4 ke atas.

Lagi artikel di ifon.my  Program Penggantian AirPods Pro Secara Percuma

IMG-20190320-WA0010

Harga ditawarkan bermula RM699.00 bagi versi biasa dan RM879.00 bagi versi yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Sekiranya anda ingin membeli case sahaja, Apple turut menjualnya pada harga RM439.00 yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

143567

Secara peribadi tiada perubahan yang radikal pada produk baharu ini dan ia menyamai apa yang berlaku pada iPad Air dan iPad Mini yang baru diperkenalkan semalam.

Kemungkinan faktor inilah yang menyebabkan Apple tidak memperkenalkan ketika Acara Khas yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2019.

Saya kecewa, tapi hampir menerima apa yang dilakukan oleh Apple walaupun mereka mempunyai masa dua tahun untuk menghasilkan produk berkenaan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Program Pembaikan iPhone 7 Yang Menghadapi Masalah “No Service”

Apple Akan Mengadakan Acara Khas Buat Pertama Kali Untuk Tahun 2019