in

Apple Akan Mengadakan Acara Khas Buat Pertama Kali Untuk Tahun 2019

Esok merupakan saat paling mendebarkan kepada seluruh peminat Apple di mana Apple bakal mengadakan Acara Khas pada pagi esok 26 Mac 2019 Jam 1.00 pagi.

Setakat ini belum dapat dipastikan apakah inti pati pada acara kali ini. Namun terdapat beberapa produk yang mungkin akan diperkenalkan termasuklah:

1- Perkhidmatan Penstriman2- AirPower
Secara kebiasaanya setiap kali Acara Khas berlangsung ia akan mengambil masa sekitar 90 minit.

Namun pada 2018 Apple telah memendekkan masa acara sekitar 67 minit memandangkan ia hanya fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.

90 minit adalah satu tempoh yang agak panjang, mustahil jika dua produk ini sahaja yang bakal diperkenalkan.

Apple mungkin memfokuskan kepada produk utama mereka iaitu Perkhidmatan Penstriman, namun ia mungkin mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit.

Apple hakikatnya telah membelanjakan berbilion ringgit dalam pembangunan Perkhidmatan Penstriman yang mana mereka telah berusaha untuk mempamerkan kandungan yang menarik.

Tim Cook mula memfokuskan segmen perkhidmatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi mengelakkan kebergantungan terhadap jualan iPhone.

Lagi artikel di ifon.my  Lakaran (Engraving) Beri Impak Pada Susut Nilai Produk Apple Terpakai

Tidak hairanlah Apple bergitu agresif membelanjakan wang yang cukup tinggi untuk perkhidmatan terbaharu ini.
Boleh dikatakan Perkhidmatan Penstriman antara produk asli dari Tim Cook tanpa bayangan Steve Jobs.

Jika iPhone, iPod, iPad, Macbook dan iCloud hasil inovasi di bawah Steve Jobs.

Tim Cook mempertaruhkan Apple Watch, Apple Pay, Apple Music dan terbaharu Perkhidmatan Penstriman dalam legasi beliau.

Setakat ini belum dapat dipastikan adakah perkhidmatan ini akan dipasarkan ke Malaysia dalam masa terdekat.

Namun jika dilihat kepada komitmen Apple, besar kemungkinan Malaysia mungkin akan menerima perkhidmatan ini dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Saya bukanlah peminat tegar dalam segmen ini memandangkan Netflix pun saya baru sahaja menamatkan perkhidmatan atas faktor tiada masa untuk menonton.Namun bagi peminat segmen seperti ini besar kemungkinan ia antara produk paling anda nantikan.

Berbalik kepada Acara Khas, berikut inti pati majlis yang mungkin akan berlaku.

Lagi artikel di ifon.my  Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

1- Tim CookTim Cook akan memaklumkan prestasi jualan iPhone dan akan mengumumkan bahawa iPhone XR merupakan telefon pintar paling popular.

2-Phill SchillerTim Cook akan memanggil Phill Schiller untuk mengumumkan status AirPower serta tarikh jualan.

3- Phill SchillerPhill Schiller mungkin akan mengumumkan beberapa produk baharu. Ia mungkin pra tonton Mac Pro baharu atau MacBook.

4- Edy CueEdy Cue mungkin dipanggil untuk mempersembahkan Perkhidmatan Penstriman baharu mereka.

Acara ini mungkin akan berakhir sekitar jam 2.30 pagi. Anda boleh menonton pada pautan berikut https://www.apple.com/apple-events/

Ingat acara ini bermula jam 1.00 pagi esok iaitu selepas jam 12.00 malam ini. Jangan salah faham.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Belum tentu apa yang saya katakan ini benar atau sebaliknya.

Seperti biasa saya akan memberi sedikit pandangan berhubung inti pati acara setiap kali ia berlangsung.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melancarkan AirPods Generasi Baharu

Ming Chin-Kuo: iPhone 2019 Bakal Hadir Dengan Kapasiti mAh Lebih Tinggi