in

AirPods, Beli Baharu atau Terpakai?

Secara peribadi, saya menggalakkan anda membeli AirPods dalam kondisi baharu dan bukan terpakai. Saya berpandangan AirPods adalah “produk pakai buang” dan mempunyai jangka hayat yang sedikit singkat berbanding produk yang lain.

Faktor utama mengapa saya menggalakkan anda membeli dalam kondisi baharu atas faktor jangka hayat bateri. AirPods tidak boleh diganti dengan bateri baharu seperti iPhone.Jika salah satu AirPods anda mengalami isu bateri.

Kos untuk membeli satu AirPods adalah sekitar RM315 – RM480. Perlu diingatkan kos tersebut untuk satu unit sahaja sama ada kiri atau kanan.Manakala AirPods Pro sekitar RM480 – RM580 bagi satu unit sahaja sama ada kiri atau kanan.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melancarkan AirPods Generasi Baharu

Screenshot-2021-07-12-at-11-20-02-PM

Pada ketika ini AirPods 2 dijual pada harga RM589 dan AirPods Pro RM889. Jika anda ingin membeli AirPods terpakai, adakah sanggup habiskan ratusan ringgit? Isu keaslian AirPods juga antara perkara yang perlu diambil perhatian. Banyak AirPods Pro atau AirPods tiruan dijual di Shopee atau Instagram.

Screenshot-2021-07-12-at-11-19-28-PM

Segelintir Penjual menggunakan pelbagai alasan asalkan produk mereka dijual.
Perlu diingatkan, AirPods tiruan agak sukar untuk dikesan pada mata kasar kecuali anda pakar dalam membuat penilaian. Jika anda terbeli AirPods terpakai dan berstatus tiruan. Maka bertambah bebanan anda dalam membuat pembelian.

Konklusinya, saya tidak menghalang sesiapa untuk membeli AirPods terpakai.
Saya hanya memberi nasihat agar wang yang anda laburkan sepadan dengan harga yang dibayar.

Lagi artikel di ifon.my  Aipods 2 Telah Menerima Pensijilan Bluetooth Dari SIG

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone, Beli atau Tangguh? – Bab Kedua

Inkarnasi Sebuah Pixel