in , ,

Ulasan Thunderbolt™ 3 mini Docks

Jika sebelum ini anda pernah membaca beberapa penulisan saya berhubung masa depan USB Type-C dan Thunderbolt. Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang produk dari CalDigit iaitu Thunderbolt 3 mini Docks.

Seperti diketahui Apple telah menghadkan port sambungan bagi produk Mac terutama Macbook Pro di mana ia hanya memfokuskan kepada port Thunderbolt (USB-C).

DFF5-E7-F8-BAF2-44-BF-9587-DC4-B95884-D53

Antara kekangan yang dihadapi oleh Pengguna Mac adalah mereka terbatas untuk menggunakan port sambungan bagi USB 2.0 / USB 3.0 serta HDMI.

Secara kebiasaanya ramai pengguna Mac terutama golongan profesional memerlukan sambungan HDMI ke monitor tambahan, maka mereka memerlukan dock bagi membolehkan sambungan tersebut dapat dibuat.

Secara peribadi saya telah menggunakan Thunderbolt 3 mini Docks lebih dari sebulan dan disini saya ingin kongsikan pengalaman setelah menggunakanya.

2-F9-D1180-EC7-F-4-A65-B039-E07043-E10604

Thunderbolt 3 mini Docks hadir dengan lima (5) port penyambungan iaitu HDMI (1), HDMI (2), USB (2.0), USB (3.0) dan Gigabit Ethernet.

Lagi artikel di ifon.my  Gartner: Pertumbuhan Jualan Bagi Telefon Pintar Apple Tidak Berubah, Samsung Turun Dan Huawei Meningkat Bagi Suku Ketiga Tahun 2018

Setelah menggunakan produk ini, saya mampu untuk menyambungkan ke dua monitor berasingan secara serentak tanpa sebarang masalah atau ganguan.

Memandangkan saya seorang Pengaturcara, penggunaan monitor adalah kemestian. Jika sebelum ini saya menghadapi masalah apabila menggunakan beberapa dock yang dibeli di beberapa laman jualan.

548-DA7-E5-4068-416-A-ADA5-602-BDC65103-E

Thunderbolt 3 mini Docks telah menyelesaikan masalah ini tanpa memberi kesan sampingan pada sambungan USB 2.0 dan USB 3.0.

Umum mengetahui bahawa kebanyakkan cakera keras luaran (external hard disk) tidak menyokong port Thunderbolt (USB-C), ia boleh diselesaikan dengan menggunakan Thunderbolt 3 mini Docks memandangkan terdapat port untuk USB 3.0.

Beberapa ujian telah dilakukan yang mana saya telah memindahkan beberapa data berkapasiti melebihi 2GB dari cakera keras luaran ke Macbook saya. Hasilnya tiada sebarang ganguan atau masalah semasa proses pemindahan tersebut.

Lagi artikel di ifon.my  Laman Jualan Apple Ditutup Bagi Memberi Laluan Pada Acara Khas Apple

Dari segi saiz, Thunderbolt 3 mini Docks tidak terlalu besar dan sangat ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja.

617498-EB-75-BF-40-D2-A404-BFCAE7-C80-F97
Material luaran juga boleh dikatakan agak premium di mana ia menggunakan bahan aluminium.

Antara satu perkara paling saya suka adalah ia menggunakan Thunderbolt yang mana kadar pemindahan (transfer rate) adalah 40Gb/s iaitu lapan kali ganda dari USB 3.0 yang hanya 5Gb/s

Antara spesifikasi yang perlu ada untuk anda menggunakan Thunderbolt 3 mini Docks adalah:

    Komputer yang menyokong Thunderbolt
    MacOS 10.12 atau terkini
    Windows 10 atau terkini

Harga bagi Thunderbolt 3 mini Docks adalah sekitar $109.99 dan boleh dibeli di laman jualan CalDigit. Klik disini untuk membeli Thunderbolt 3 mini Docks

Sekiranya anda benar-benar berminat, anda boleh e-mel kepada saya di xaviernaxa@gmail.com untuk mendapatkan harga diskaun yang lebih berpatutan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Adakah iOS 13 Senjata Utama Apple Untuk Melariskan iPhone Baharu