in ,

Adakah iOS 13 Senjata Utama Apple Untuk Melariskan iPhone Baharu

Semasa pembentangan laporan prestasi kewangan Apple pada awal tahun 2019, Tim Cook menyalahkan Program Penggantian Bateri antara satu punca mengapa Pengguna iPhone tidak menaiktaraf ke iPhone baharu.

image

Pada acara Word Wide Developer Conference 2019 yang berlangsung pada Jun 2019. Apple mengumumkan penamatan sokongan iPhone 6/Plus bagi iOS 13.

Sejujurnya saya tidak nampak sebab dan musabab Apple menamatkan sokongan bagi iPhone 6/Plus memandangkan Craig Federighi sendiri memaklumkan iOS 13 mempunyai prestasi lebih baik berbanding iOS 12.

IMG-20190723-185133

Secara peribadi saya berpandangan antara punca utama Apple menamatkan sokongan bagi iOS 13 bagi iPhone 6/Plus adalah disebabkan iPhone 6/Plus mempunyai Pengguna yang sangat ramai.

Tahukah anda bahawa Pengguna iPhone 6/Plus antara yang teramai di dunia iaitu sekitar 220 juta. Walaupun terdapat sejumlah besar Pengguna telah menaiktaraf ke iPhone baharu. Namun Pengguna iPhone 6/Plus boleh dikatakan masih ramai dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi peratus naik taraf iPhone kelak.

Lagi artikel di ifon.my  Berhati-hati Membeli iPhone 7/7Plus 8/8 Plus / X Terpakai

M-Id-421986-i-Phone-buyer

Apple berdepan dengan penurunan Pengguna iPhone sejak beberapa tahun ini yang memaksa mereka merahsiakan jumlah unit yang terjual. Pengumuman ini telah memberi impak besar kepada Apple di mana Apple gagal mengekalkan kedudukan sebagai syarikat yang mencapai $1 Trillion.

Tim-Cook-Happy

Walaupun pengguna iPhone semakin menurun, Apple masih mencatat hasil yang tinggi dan 60% dari hasil keuntungan adalah dari jualan iPhone. Saya yakin, dengan penamatan sokongan iPhone 6/Plus, jumlah Pengguna menaiktaraf iPhone akan meningkat ketara sekaligus akan meningkatkan pendapatan Apple untuk suku keempat tahun 2019.

IMG-20190723-185721

Walau bagaimanapun, disaat ketidaktentuan ekonomi dunia ditambah perang dagang antara China dan AS. Jualan iPhone mungkin sedikit terkesan dan ditambah dengan harga jualan bagi model flagship iPhone yang terlalu premium.

IMG-20190723-185839

Lambakan telefon pintar Android yang mempunyai prestasi tinggi ditambah kualiti yang baik akan menjadi risiko besar untuk Apple bagi menyakinkan Pengguna setia mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Perang Saraf Tesla Dan Apple Bermula

Tuntasnya, saya lihat penamatan sokongan iOS 13 adalah strategi Apple untuk menarik Pengguna iPhone yang mempunyai koloni yang besar untuk menaiktaraf ke iPhone baharu

01-pixel3xl-orthos-liquorice-au-config-1

Apple juga menyedari akan kenaikan jenama Huawei, Xiaomi, Oppo dan Vivo yang menjadi pesaing utama mereka. Huawei telah berjaya merampas kedudukan dari Apple selaku pemain industri telefon pintar kedua terbesar di dunia.

images

Jika Huawei mampu menarik ramai Pengguna membeli telefon pintar mereka. Tidak mustahil mereka mampu menarik Pengguna setia Apple untuk membeli telefon pintar mereka sepertimana yang berlaku pada Pengguna Blackberry dan Nokia yang beralih ke iPhone suatu ketika dulu.

p/s: Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja tanpa merujuk kepada sumber.

Walau bagaimanapun, pandangan ini merujuk kepada beberapa fakta yang mengukuhkan pandangan saya ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ulasan Thunderboltâ„¢ 3 mini Docks

Kad Prabayar Medium Terbaik Untuk Pengguna iOS Dan Android