in

Runtuhnya Apple Kerana Keegoan

Sesuatu yang tidak mungkin akan diterima oleh peminat setia Apple apabila saya berbicara berkenaan runtuhnya Apple kerana keegoannya.

boxworks-aaron-levie-box-tim-cook-apple-4947-019

Saya akui bahawa pendapatan Apple setiap tahun meningkat dari tahun 2008 hingga 2018, dan fakta ini tidak boleh disangkal.

  1. 2018: $265.6 billion
  2. 2017: $229.2 billion
  3. 2016: $215.6 billion
  4. 2015: $233.7 billion
  5. 2014: $182.8 billion
  6. 2013: $170.9 billion
  7. 2012: $156.5 billion
  8. 2011: $108.2 billion
  9. 2010: $65.2 billion
  10. 2009: $42.9 billion
  11. 2008: $37.5 billion

Mengikut fakta juga, tunai bersih Apple jika dilihat dalam tempoh 10 tahun telah meningkat ketara lebih-lebih lagi selepas iPhone dilancarkan.

  1. 2019: $130 billion
  2. 2009: $12 billion
  3. 1999: $2 billion

Saya tidak boleh menyangkal akan fakta ini dan ia telah pun tercatat. Apple juga masih antara syarikat bernilai di dunia walaupun Microsoft buat masa ini berada di kedudukan pertama.

1-Cmop-WWQZ1r-F4-Rcvrv1xl-Fw

Namun Nokia dulu boleh dianggap seperti Apple dalam segmen pengeluaran telefon mudah alih.

Pada tahun 1998 sahaja, Nokia memperoleh hasil jualan $ 20 billion dan dikhabarkan akan mempunyai pekerja seramai 55,000 menjelang tahun 2000.

Tahun 1998 sahaja Nokia telah menguasai sebanyak 30% dalam pasaran telefon mudah alih, iaitu hampir dua kali ganda lebih besar berbanding pesaingnya yang terdekat.

Namun kini Nokia hanya mampu bermegah dengan sejarah lalu. Pengguna mula melupakan jenama ini seperti mana yang berlaku pada Motorola, Sony Ericsson (Sony) dan Alcatel.

Lagi artikel di ifon.my  Penundaan Produk Apple Di Era Tim Cook Lebih Tinggi Berbanding Steve Jobs

Adalah tidak mustahil perkara ini akan berlaku pada Apple memandangkan 60% pendapatan datangnya dalam jualan iPhone.

dims

Kita mengambil contoh pendapatan Apple untuk tahun 2018, sekiranya Apple hanya mampu mencatat 10% jualan sahaja. Ini bermakna pendapatan Apple menjunam sehingga $132.8B.

Saya akui Apple tidak mungkin akan jatuh seperti mana yang berlaku sebelum ini. Kerana itulah Tim Cook semakin ghairah memfokuskan segmen perkhidmatan seperti Apple Pay, Apple Music dan App Store.

Apple juga dikhabarkan akan memperkenalkan perkhidmatan penstriman televisyen seperti Netflix pada bulan Mac ini.

Apple-Keyboard-Space-Grey-Gear-Patrol-Lead-Featured

Jualan aksesori juga dilihat semakin berkembang setiap tahun. Ini disebabkan peningkatan ketara pada harga bagi beberapa aksesori iPhone dan Mac.

Tim Cook akui bahawa mereka harus mencari sumber pendapatan baharu bagi menampung kemerosotan pendapatan dari hasil jualan iPhone.

Apa yang membedakan Apple dan Nokia adalah jenis perniagaan mereka yang mana Nokia hanya memfokuskan segmen telefon mudah alih berbanding Apple yang memfokuskan telefon pintar, komputer, perkhidmatan dan lain-lain.

Tahun 2019 adalah penentu masa depan Apple. Antara kunci utama untuk mereka menarik kembali sokongan pengguna iPhone adalah dengan merevolusikan iOS 13 seperti mana yang berlaku pada iOS 7 dahulu.

Lagi artikel di ifon.my  Apple AirPower Bakal Dijual Pada Penghujung September ini.

Jika dilihat secara jelas, kitaran bagi iOS telah sampai ke kemuncak.

  • iPhone OS – iOS 6 : Rekaan Skeuomorphic
  • iOS 7 – iOS 12 : Rekaan Flat
  • iOS 13 – iOS 18:?

Apple dilihat semakin terbatas dalam penghasilan iPhone. Jika dulu pekembangan iPhone sangat pesat hingga tidak mampu dikejar oleh pesaing.

Namun kini, Apple seolah-olah menciplak teknologi yang ada pada pesaing mereka. WWDC 2019 adalah penentu kepada masa depan Apple.

Hatta Apple mempersalahkan Program Peggantian Bateri, perang dagang antara AS dan China serta sekatan jualan dari negara China dan beberapa negara lain.

Apple harus sedar bahawa faktor harga yang tinggi menyebabkan berlakunya kemerosotan permintaan. Selain itu, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max hanyalah produk tangkap muat semata-mata.

Walaupun iPhone versi “S” hanyalah perubahan dari segi spesifikasi dan teknologi. Namun untuk model ini tiada apa yang boleh dibanggakan.

iphonex-launch-georgestreet-sydney-entrance-purchase-20171102

Apple kali ini semakin genting, kita harus akui bahawa Apple semakin terancam. Anda sebagai pengguna dan peminat Apple akan menjadi pemerhati dan penentu masa depan Apple.

Tidak mustahil generasi Alpha (Gen-A) akan melihat Apple seperti mana generasi X,Y dan Z melihat Nokia suatu ketika dulu

SEKADAR PANDANGAN.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

SAH: iOS 13 Bakal Diperkenalkan Pada 4 Jun 2019

Penyanyi Hip-Hop Drake Membelanjakan RM1,633,000.00 Untuk Sebuah Pelindung iPhone X