in ,

Ramalan Harga Jualan iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone Xr Dan Apple Watch Siri 4 (GPS) Di Malaysia

Semalam Apple secara rasmi telah mula menjual model terbaharu bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan Apple Watch Siri 4 di beberapa buah negara termasuklah Singapura.

Bagi iPhone Xr pula, Apple akan mula menjualnya pada 27 Oktober 2018 di Singapura dan negara-negara yang terpilih. Setakat ini belum dapat di pastikan bilakah Apple akan membawa kesemua produk ini masuk ke Malaysia.

iphone-xr-select-static-201809_GEO_EMEA
iPhone Xr

Walau bagaimanapun saya menjangkakan pertengahan Oktober atau awal November sebagai tarikh rasmi penjualan iPhone Xs, iPhone Xs Max dan Apple Watch Siri 4.Bagi iPhone Xr pula, besar kemungkinan ia akan dijual penghujung November atau awal Disember tahun ini.

Antara perkara yang sering menjadi bualan di kalangan rakyat Malaysia adalah harga jualan bagi produk terbaharu ini. Seperti diketahui harga jualan bagi setiap produk Apple tidak boleh menggunapakai nilai semasa bagi tukaran Ringgit dan USD.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone dan Samsung Yang Manakah Kos Alat Ganti Paling Berpatutan?

Oleh itu berikut merupakan jangkaan harga bagi ketiga-tiga model iPhone yang dikira menggunakan kaedah yang sama saya lakukan pada tahun lepas.

apple2
Jangkaan harga iPhone  tidak termasuk 5% cukai SST

Jika dilihat pada ramalan harga yang telah saya zahirkan ini, jelas menunjukkan bahawa iPhone Xs dan iPhone Xs Max mempunyai tanda harga yang sangat premium berbanding iPhone Xr.

Jika anda telah membaca ulasan saya berkaitan strategi Apple menaikkan harga bagi iPhone jelas menunjukkan bahawa Apple bakal menggunakan tanda harga RM5,000 sebagai harga permulaan bagi iPhone flagship mereka tidak lama lagi.

Bagi  harga  Apple Watch Siri 4 pula, berikut merupakan jangkaan harga yang telah saya terjemahkan dalam bentuk jadual

apple2
Jangkaan harga Apple Watch Siri 4 tidak termasuk 5% cukai SST

Berdasarkan jadual tersebut saya menjangkakan model (GPS+Selular) tidak akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat memandangkan syarikat telekomuniksi masih belum mempunyai sokongan eSIM untuk Apple Watch (GPS+Selular).

Lagi artikel di ifon.my  OpenSignal Mengeluarkan Laporan Berhubung Prestasi Selular Bagi iPhone 5S Hingga iPhone XS Max.
Apple-_Watch-_Series-4
Apple Watch Siri 4

Memandangkan bulan September bakal berakhir tidak lama lagi, saya berharap peminat Apple bersiap siaga dengan wang mencukupi untuk membeli produk terbaharu ini.

Apa pun, anda janganlah mengambil serius berhubung tanda harga yang saya nyatakan dalam penulisan ini memandangkan Apple belum mengumumkan harga rasmi bagi produk ini.

Namun, anda jangan mengharapkan tanda harga untuk produk terbaharu  murah berbanding sebelumnya memandangkan terdapat peningkatan harga bagi kesemua produk mereka untuk tahun ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Menerbitkan Iklan Terbaharu Apple Watch Siri 4

Ujian Ketahanan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max