in , , ,

Apple Menganaktirikan Malaysia?

Saya ingin berkongsi pandangan saya tentang isu ini. Ramai mengatakan bahawa Apple meminggirkan Malaysia dan hanya fokus pada Singapura dan Thailand. Alasannya Singapura dan Thailand sudah mempunyai Apple Store.

Jika dilihat pada laporan dari statcounter setakat Oktober 2020 jumlah pengguna Android di Malaysia adalah sebanyak 76.3% berbanding iOS 22.59%.

9-E2-E7-C09-577-F-4-B65-BEA9-6-FBA1-E9577-C6

Dari segi angka, kita boleh rumuskan bahawa majoriti rakyat Malaysia memilih telefon pintar Android berbanding iPhone.

Walaupun dari segi angka peratusan Android mendominasi Malaysia. Namun kita tidak boleh mengetepikan kenyataan rasmi yang dibuat oleh Tim Cook sebelum ini bahawa Malaysia antara negara yang menyumbang keuntungan tertinggi untuk Apple.

97-A2-C5-E5-145-E-4911-BCA7-A74-DB72-F3-D1-A

Jika benar Malaysia dipinggirkan, mengapa Malaysia menjadi negara terawal membuka pra-tempah untuk iPhone 12. Walaupun Singapura telah menjual iPhone 12 Pro dan iPhone 12. Namun bagi iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Mini tarikh pra-tempah adalah sama dengan Malaysia.

4-F673-D28-8-B54-41-C6-936-E-626-F16-CD932-D

Di Thailand misalnya, walaupun negara tersebut telah mempunyai Apple Store. Setakat hari ini tiada tarikh rasmi berhubung penjualan iPhone 12. Begitu juga Indonesia dan Vietnam yang mana Apple belum bersedia untuk membawa iPhone 12 ke negara terbabit.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mengumumkan 10 Orang Pemenang Dalam Pertandingan Menangkap Gambar Menggunakan iPhone

iPad Air (2020) sama seperti tarikh jualan di AS walaupun di AAR/APR buat masa ini hanya menjual versi Wi-Fi. Saya lihat Apple mula menumpukan negara Malaysia sejak tahun 2018 iaitu semasa pelancaran iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Sejak daripada itu, jualan bagi produk Apple tidak begitu banyak beza dengan AS dan Singapura. Jika dulu ramai Penjual sanggup beratur panjang di Singapura semata-mata untuk membawa pulang iPhone terbaharu untuk dijual di Malaysia.

Tidak hairanlah sebelum ini iPhone X telah dijual lebih RM8,000 walaupun harga jualan hanyalah RM5,149.00. Semuanya disebabkan tempoh masa untuk penjualan rasmi ke Malaysia memakan masa.

49-B2-E66-B-4-B7-E-4-C1-E-A305-24-C0387199-FE

Maka Pembeli sanggup membayar lebih dari menunggu iPhone tersebut masuk ke Malaysia secara rasmi. Konklusinya, saya lihat Apple mula nampak Malaysia antara negara yang mempunyai peminat Apple yang sangat tinggi.

Ini dibuktikan dengan peningkatan kuasa beli pengguna hingga Malaysia dinobatkan antara negara yang paling banyak menyumbang keuntungan kepada Apple. Walaupun Apple mula memfokuskan Malaysia bagi Penjualan produk baharu mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Pandangan Tentang Apple Watch - Bab Pertama

Saya kecewa dengan cara layanan Apple untuk segmen perkhidmatan seperti Apple Pay, ECG, News+ dan lain-lain. Saya akui perkhidmatan ini memerlukan kelulusan daripada kerajaan Malaysia.

Namun saya percaya Apple belum membuat sebarang permohonan dengan kerajaan Malaysia sehingga kini. Saya antara individu yang agresif mendesak Apple agar memfokuskan Malaysia antara destinasi baharu bagi Apple Pay.

Tidak hairanlah beberapa petisyen telah dihantar dan semuanya atas kerjasama semua pengguna Twitter dan Facebook. Walaupun Apple telah menjelaskan kepada saya tentang status Apple Pay.

Saya akan terus menekan Apple dengan membuktikan bahawa pengguna Apple di Malaysia memerlukan perkhidmatan berkenaan. Petisyen ketiga akan saya buat dengan lebih baik dan tersusun dengan mengambil kira keputusan yang lepas.

Bagi saya Apple mula melihat Malaysia antara destinasi baharu bagi produk mereka. Mungkin selama ini mereka fikir rakyat Malaysia kurang berminat dengan produk mereka.

Namun berdasarkan pertumbuhan positif terutama di Malaysia. Mereka mungkin tidak lagi meminggirkan Malaysia seperti yang berlaku pada beberapa negara jiran kita.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

DBP Umum Padanan Istilah Flagship

iPhone 5C Tersenarai Sebagai Produk Vintaj