Ramai bertanya kepada saya kapasiti storan manakah paling sesuai untuk dipilih. Sejujurnya jawapan ini hanya anda sahaja yang tahu kerana setiap orang mempunyai cara penggunaan yang berbeza.
Namun sekiranya anda sendiri tidak dapat memberikan keputusan. Sila lihat jumlah storan yang telah anda guna pada ketika ini. Jika penggunaan kurang 30GB termasuk fail “other” dan sistem.
Anda boleh memilih kapasiti 64GB kecuali anda mahu menggunakan untuk merakam foto dan video. Namun jika storan anda telah mencapai 60GB ke atas. Maka 128GB adalah kapasiti paling minimum tertakluk kepada cara penggunaan anda.
Kebiasaannya iPhone anda penuh disebabkan oleh penyimpanan fail video termasuk TV+, Netflix dan sebagainya. Permua seperti PUBG, ML dan lain-lain juga menyumbang kepada peningkatan kapasiti storan.
Konklusinya setiap orang lain cara penggunaan sesebuah iPhone, tidak semestinya kita mengatakan bahawa 64GB tidak relevan, bukan bermakna semua pengguna perlu membeli 128GB ke atas.
Soal kapasiti storan bergantung kepada kita yang menggunakannya termasuk kekuatan kewangan. Namun saya akui bahawa 128GB adalah storan paling ideal untuk kita lebih-lebih lagi di zaman ini.
SEKADAR PANDANGAN