in ,

iPhone 5C Tersenarai Sebagai Produk Vintaj

iPhone 5C adalah model pertama di bawah versi mampu milik dan dijual pada harga RM1,999.00. Model ini boleh dikatakan antara model yang kurang mendapat sambutan kerana pengaruh iPhone 5S yang sangat tinggi.

Berdasarkan semakan dalam laman web Apple, iPhone 5C telah tersenarai sebagai produk vintaj dan sebaris dengan iPhone 5 ke bawah.

B27-A582-E-01-E9-48-EF-9-E2-D-2-BD7-D20264-F7

Apple kelaskan produk vintaj sekiranya produk tersebut sudah tidak lagi dihasilkan lebih 5 tahun dan kurang dari 7 tahun. Ini bermakna anda mungkin menghadapi kesukaran dalam mendapatkan alat ganti tiruan bagi model ini.

Berdasarkan semakan saya di beberapa laman jual beli, iPhone 5C masih dijual pada harga sekitar RM150 hingga RM300.

iPhone 5C masih menyokong beberapa aplikasi yang popular memandangkan versi terakhir untuk model ini adalah iOS 10.3.3.

Lagi artikel di ifon.my  Ming Chin-Kuo: iPhone 2019 Bakal Hadir Dengan Kapasiti mAh Lebih Tinggi

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Menganaktirikan Malaysia?

Program Penggantian AirPods Pro Secara Percuma