in , ,

Pandangan Tentang Apple Watch – Bab Pertama

Saya menggunakan Apple Watch sejak generasi pertama lagi kerana saya sememangnya peminat jam pintar.

Bukan sahaja Apple Watch, malah Samsung Gear, Fossil, LG dan Sony telah saya gunakan semaksimum mungkin. Apple Watch bagi saya pelengkap kepada ekosistem Apple. Bagi saya hebat itu tidak, namun banyak perkara telah membantu saya.

Antara keburukan yang saya lihat pada Apple Watch adalah sokongan ECG dan Apple Pay belum diaktifkan di Malaysia.Saya percaya bukan salah kerajaan Malaysia melambatkan kelulusan untuk kedua-dua perkhidmatan ini.

E766-AC08-6-A45-4979-99-DC-5-BB31-F254-F14

Hakikatnya ia berpunca daripada Apple yang belum menumpu Malaysia sebagai destinasi bagi Apple Pay dan ECG.Jika isu ini terus berlarutan, saya galakkan pengguna membeli Apple Watch SE berbanding Siri 6.

Lagi artikel di ifon.my  Sah Apple Watch Siri 4 Hadir Dengan Saiz Skrin Baharu

Faktor harga tinggi dan produk tidak cukup sifat antara punca mengapa saya mengatakan sedemikian.Saya akui Apple Watch Siri 6 mempunyai pelbagai fungsi menarik namun tidak salah untuk anda membeli Apple Watch SE.

Saya berpuas hati dengan Apple Watch, namun sehingga kini saya belum berpuas hati dengan jangka hayat bateri yang hanya bertahan paling maksimum dua hari sahaja.

Saya akan ulas panjang lebar tentang Apple Watch pada penulisan akan datang.

Ini hanyalah pandangan ringkas saya tentang Apple Watch yang bagi saya menarik namun sifatnya belum cukup bagi pasaran Malaysia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mekanisme Pulih Semula Bagi iPhone Masa Hadapan

DBP Umum Padanan Istilah Flagship