in ,

Adakah Cip Apple A12 Akan Meneruskan Tradisi Sebagai Cip Paling Berkuasa Di Dunia?

Jika anda pernah membaca artikel yang dikeluarkan oleh Geekbench bahawa cip Apple A11 Bionic memperoleh nilai tertinggi melepasi telefon pintar terkini termasuklah Samsung Galaxy Note 9 yang baru sahaja dikeluarkan.

Anda tentu tahu bahawa cip A11 Bionic masih antara cip pemprosesan yang paling berkuasa di dunia bukan?

Selain itu, 9to5mac juga melaporkan bahawa pembangunan Apple A11 Bionic hakikatnya telah dibangun semasa pelancaran iPhone 6 lagi.

Walaupun pembangunanya sudah mencapai usia hampir 3 tahun. Secara fakta, cip A11 Bionic antara yang terpantas berbanding peranti lain.

Berikut merupakan kenyataan staf Apple berhubung pembangunan Apple A11 Bionic

Srouji told me that when Apple architects silicon, they start by looking three years out, which means the A11 Bionic was under development when Apple was shipping the iPhone 6 and its A8 chip. Back then we weren’t even talking about AI and machine learning at a mobile level and, yet, Srouji said, “The neural engine embed, it’s a bet we made three years ahead.”

Walaupun cip tersebut sudah berusia hampir setahun, cip ini masih terkehadapan berbanding cip yang dihasilkan oleh Qualcomm, Samsung dan Huawei.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?

E59_C7_CA1-635_B-4_A99-_B3_FA-7_EC95_D13_FF77-780x389

Seperti diketahui bahawa beberapa minggu sahaja lagi Apple bakal melancarkan iPhone 2018. Sudah tentu mereka akan memperkenalkan cip pemprosesan baru mereka iaitu Apple A12.

Apple A12 adalah cip pemprosesan dengan 7nm antara yang terbaik berbanding Apple 11 Bionic yang hadir dengan 10nm.

Dengan penurunan sebanyak 7nm ini ia akan memberikan 20% lebih kuasa serta menjimatkan bateri sehingga 40% berbanding cip sebelum ini.

Dengan peningkatan ini, saya menjangkakan bahawa cip buatan Apple ini akan mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar cip paling Berkuasa di dunia bagi segmen telefon pintar.

Hakikatnya cip pemprosesan ini sangat penting dalam melakukan sebarang proses dalam sesebuah telefon pintar yang turut dibantu oleh random access memory (RAM).

Lagi artikel di ifon.my  Bateri iPhone: Mengapa Dan Tatacara Menukar Bateri

Sekiranya anda mengatakan bahawa cip pemprosesan tidak memainkan peranan penting. Saya berpandangan anda silap, jika benar tanggapan anda begitu tidak mungkin Qualcomm dan Samsung terkejar-kejar untuk menghasilkan cip berprestasi tinggi.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber:cultofmac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pocophone F1 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM1,237.00

Kenali semua CEO Apple