in ,

Majoriti Pengguna Memilih Storan 128GB Bagi iPhone 12

Hari ini Apple bakal membuka pra-tempah untuk iPhone 12 sekitar jam 9.00 malam. Terdapat empat buah model bakal dijual antaranya iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Seperti diketahui, setakat ini Apple hanya memfokuskan kepada iPhone segmen andalan untuk kapasiti minimum 128GB manakala 64GB untuk segmen separa andalan.

Mungkin dalam kalangan kita ragu-ragu untuk memilih sama ada storan 64GB atau 128GB. Perbezaan untuk anda naik taraf dari 64GB ke 128GB hanyalah RM200.00.

3-C161-DB4-A6-CF-4-CE4-9150-1-B20-BB3-E5-A8-C

Namun tidak semestinya anda perlu memilih storan 128GB. Semuanya terpulang kepada cara penggunaan masing-masing.

Lagi artikel di ifon.my  Program Pembaikan iPhone 7 Yang Menghadapi Masalah "No Service"

Bagi mendapat maklum balas daripada semua pengguna, satu undian telah saya buat di Twitter yang melibatkan 5,288 responden.

59% daripada keseluruhan responden telah memilih 128GB manakala 31% untuk storan 256GB. Menariknya hanya 10% sahaja memilih 64GB.

Ini bermakna, majoriti pengguna bakal memilih 128GB berbanding 64GB. Oleh itu, saya menggalakkan anda untuk bersiap sedia jam 9.00 malam ini.

Besar kemungkinan permintaan terhadap iPhone 12 128GB adalah sangat tinggi terutama untuk warna biru.

Selamat membuat pra-tempah.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

watchOS 7.1 Sedia Untuk Dikemaskini

Penutupan Yahoo Groups Tidak Memberi Impak Pada Akaun Individu