in , ,

iPhone 12 Laris Di Malaysia

Semalam Apple telah membuka pra-tempah iPhone 12 di Malaysia. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Apple membuka pra-tempah serentak dengan AS dan Singapura walaupun iPhone 12 dan iPhone 12 Pro telah dijual lebih awal di negara tersebut.

7-BF6336-A-9-B94-4387-80-AA-93-F8360-F5-A68

Pra-tempah iPhone 12 bermula jam 9.00 malam semalam dan sebaik sahaja pra-tempah dibuka, terdapat beberapa laman jualan sah Apple seperti ITWorld dan Switch Malaysia gagal diakses disebabkan oleh trafik yang tinggi.

Pra-tempah bukan sahaja sesak di dalam talian. Malah ramai pengguna beratur di beberapa Authorised Reseller bagi membuat pra-tempah secara luar talian.

7-BF6336-A-9-B94-4387-80-AA-93-F8360-F5-A68

Laman syarikat telekomunikasi juga rata-rata telah kehabisan stok.

Lagi artikel di ifon.my  Ramalan Harga iPhone 12

Sambutan yang hangat ini mungkin didorong oleh pengguna yang mahu menaik taraf iPhone mereka. Seperti diketahui, pengguna iPhone 5S dan iPhone 6/Plus masih ramai.

Disebabkan iPhone terbabit telah mencapai tempoh hayat dan tidak lagi menyokong iOS 13 dan ke atas. Maka pengguna telah menunggu sejak beberapa tahun untuk mendapatkan iPhone 12.

Walaupun negara kita sedang dilanda pandemik Covid-19, mungkin dalam kalangan pengguna telah menyimpan wang dari dulu lagi untuk membeli iPhone 12.

Membeli iPhone dan telefon pintar Android sama sahaja. Samsung sebelum ini juga telah membuka pra-tempah bagi Samsung Galaxy mereka dan boleh dikatakan ia sangat menggalakkan.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengguna Memilih Storan 128GB Bagi iPhone 12

Pengguna yang telah membuat pra-tempah tempah akan menerima peranti masing-masing pada 13 November 2020.

Saya meramalkan Apple mungkin mengalami isu ketiadaan stok bagi iPhone 12 selepas 13 November 2020. Stok bagi iPhone 12 mungkin pulih sekitar pertengahan Disember kelak.

Konklusinya, walaupun negara kita berdepan dengan cabaran ekonomi dan kesihatan. Kuasa beli rakyat Malaysia terhadap iPhone 12 masih tinggi dan menggalakkan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Penutupan Yahoo Groups Tidak Memberi Impak Pada Akaun Individu

Transisi Cip Pemprosesan Buatan Apple