in ,

iPhone 12 Mini Satu Pengorbanan Bagi Peminat Apple

Saya baru sahaja menonton saluran YouTube MKBHD yang bagi saya sangat informatif. Sebelum ini saya telah ulas berhubung iPhone 12 Mini. Model ini sama sahaja dengan spesifikasi iPhone 12 namun perbezaan paling ketara adalah kapasiti bateri.

Kapasiti bateri bagi iPhone 12 Mini adalah 2,227 mAh dan bagi saya setara dengan 1,821 mAh yang terdapat pada iPhone SE(2020). Saya tidak akan mengulas lanjut tentang spesifikasi yang lain kerana kualiti kamera, prestasi dan jenis paparan skrin sama sahaja.

Cuma saya ingin mengingatkan kepada pengguna yang ingin menaik taraf iPhone 12 Mini. Anda perlu berkorban dengan jangka hayat bateri yang sedikit mengecewakan. Saya pernah mengulas berhubung iPhone SE(2020) dan tiada masalah 1,821 mAh diletakkan dalam model ini.

Lagi artikel di ifon.my  Kenalan Legasi: Perkongsian Maklumat Peribadi Setelah Meninggal Dunia

3358-D306-7-D50-4-F52-B184-D8370-CFDF38-F

Namun untuk iPhone 12 Mini yang harganya RM3,399.00 rasanya anda perlu menilai secara teliti sebelum membelinya. Saya mengakui sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iOS tidak mampu menjamin jangka hayat bateri lebih lama.

Ditambah pula dengan kemas kini iOS 15 dan iOS 16 yang belum diketahui tahap efisien bagi bateri. Konklusinya, tiada masalah bagi saya untuk anda membeli iPhone 12 Mini.Saya mengakui iPhone 12 Mini sangat comel dan dengan kecomelan ini memaksa anda mengorbankan satu perkara yakni bateri.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Wakil Jualan Apple Mengesahkan Set Malaysia (MY) Bagi iPhone Ditamatkan

Inkarnasi MacBook 12-Inci?