in ,

iPhone 11 Telefon Pintar Paling Popular di Dunia

iPhone 11 dan iPhone SE merupakan telefon pintar paling popular di dunia bagi suku ketiga tahun ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Canalys.

3798-E7-B6-F439-4786-BE1-A-545-C683552-D0

iPhone 11 berjaya dijual sebanyak 16 juta unit manakala iPhone SE pula 10 juta unit dan mengalahkan seluruh telefon pintar di dunia

100-B045-F-E57-D-4577-AB99-913-B640-C1274

Seperti yang dijangkakan iPhone 11 sememangnya akan terus mendominasi pasaran berdasarkan prestasi iPhone XR sebelum ini. Sebelum ini juga saya telah meramalkan permintaan terhadap iPhone SE positif walaupun terdapat kritikan mengenai isu bateri.

D940-DECD-53-C2-4-BFA-BB47-DB4-AF4-AC5-BF2

Boleh dikatakan ramai yang menolak jangkaan saya dan mereka berpandangan Pengguna akan membeli iPhone XR berbanding iPhone SE. Namun saya konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa pengguna akan tetap membeli iPhone SE.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Apple Memperkenalkan iPhone Xr Untuk Melariskan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max?

Faktor utama disebabkan harga yang berpatutan, pengguna iPhone 5S dan iPhone 6/Plus yang mahu kekal dengan ekosistem sedia ada serta pengguna Android yang ingin mencuba iOS.

Samsung Galaxy A21S, A11 dan A51 pula berada di kedudukan ketiga, keempat dan kelima. Manakala Xiaomi Note 9 dan Redmi 9 berada di kedudukan keenam dan ketujuh.

13-E4-E4-AC-DA81-4739-8-C7-F-4997-DE84464-D

Saya menjangkakan iPhone 11 dan iPhone 12 bakal mendominasi pasaran bagi suku seterusnya termasuklah permintaan iPhone 12 Pro yang positif.

Walau bagaimanapun, saya agak ragu-ragu dengan jualan iPhone 12 Mini. Memang diakui ramai yang akan membeli model terbabit atas faktor harga. Namun buat masa ini saya konsisten untuk mengatakan bahawa iPhone 12 antara model paling popular bagi tahun hadapan.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa iPhone X Tidak Patut Dibeli Pada Ketika Ini.

Foto: Cnet

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kuo: iPhone SE Plus Dilancarkan Seawal Suku Kedua Tahun 2021

Biru Pasifik Warna Paling Diminati Peminat Apple