in , ,

Biru Pasifik Warna Paling Diminati Peminat Apple

Beberapa hari lepas Apple telah mula menjual iPhone 12 di Wakil Apple yang sah. Berdasarkan pemerhatian saya, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max mendapat permintaan yang tinggi dan hampir semua Wakil Apple telah kehabisan stok menyebabkan Wakil Apple hanya memfokuskan kepada pengguna yang telah membuat pra-tempah.

9-AAD2-B74-3-BAB-4490-AB4-F-C52-FAE360626

Tahun ini Apple telah memperkenalkan empat model iPhone dengan memfokuskan dua segmen andalan dan dua lagi segmen separa andalan.

iPhone segmen andalan mempunyai empat variasi warna iaitu Biru Pasifik, Emas, Perak dan Graphite.

C8-F68180-9943-4264-A2-ED-B815-E9481-F22

iPhone separa andalan pula mempunyai lima variasi warna iaitu Putih, Hitam, Biru, Hijau, dan (Produk) Merah.

Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak pertanyaan tentang pemilihan warna yang sesuai. Hakikatnya isu pemilihan warna adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing.

Lagi artikel di ifon.my  Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Walau bagaimanapun, pemilihan warna yang tepat akan mengekalkan susut nilai yang rendah. Tidak keberatan jika saya katakan bahawa warna sesebuah iPhone juga memberi sedikit kesan terhadap harga jualan iPhone terpakai kelak.

Memandangkan warna adalah subjektif, saya telah membuat undian di Twitter dan seramai 16,584 responden telah mengambil bahagian dalam undian ini.

Berdasarkan keputusan tersebut, 50% atau sekitar 8,292 responden telah memilih warna Biru Pasifik, 30% Graphite, 17% Emas dan hanya 3% Perak.

Biru Pasifik dan Graphite merupakan warna yang menggantikan Midnight Green dan Kelabu Angkasa. Kebanyakan pengguna memilih warna berkenaan mungkin berkait dengan warna baharu yang lebih menarik berbanding warna Emas dan Perak yang sekian lama menjadi identiti iPhone.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xr Mempunyai Kapasiti Bateri Terbaik Dalam Kelasnya

Apple juga turut menggunakan warna Biru Pasifik sebagai strategi pengiklanan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa warna ini menjadi perhatian utama.

Secara peribadi, saya telah melihat secara dekat warna Biru Pasifik ini, namun saya lebih berminat dengan warna Graphite yang bagi saya lebih mudah untuk disesuaikan dengan pelindung iPhone (case).

Konklusinya, setiap pengguna mempunyai citarasa warna yang tersendiri. Maka gunakan kata hati anda untuk membuat keputusan yang tepat.

Pemilihan warna yang tepat juga memudahkan anda menjual iPhone terbabit pada masa akan datang di samping membantu dalam mengekalkan susut nilai yang rendah disebabkan permintaan yang masih tinggi.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 11 Telefon Pintar Paling Popular di Dunia

Tatacara Membeli iPhone Terpakai