in , , , ,

Apple, NEXT Dan Microsoft

Tahukah anda selepas Steve Jobs dibuang dari Apple. Pihak Apple telah membuat satu perubahan drastik iaitu melesenkan Mac OS ke pasaran PC.

Ini kerana pada ketika itu Microsoft mula menjana keuntungan yang tinggi hasil dari pelesenan Windows. Jika sebelum ini Mac OS 7 hanya memfokuskan pada produk Machintos. Namun, kali ini strategi mereka berubah.

Walau bagaimanapun, strategi mereka tidak berjaya memandangkan hanya beberapa syarikat besar sahaja yang mahu menyertai Apple dalam pelesenan Mac OS 7.

ap_9304010169
Steve Jobs Mengusahakan Syarikat NEXT

Hakikatnya Apple menjana keuntungan tinggi hasil jualan perkakasan tapi bukan sistem operasi. Sejak dari itu juga Apple semakin terdesak memandangkan keadaan kewangan yang sangat tenat.

Akhirnya Apple membeli syarikat yang diusahakan oleh Steve Jobs iaitu neXT dan menjadikan Steve Jobs sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (interim).

Lagi artikel di ifon.my  iOS 11.4 Menyebabkan Penurunan Bateri Yang Ketara Walaupun Tidak Digunakan.

Setelah Steve Jobs kembali ke Apple, beliau telah membuang idea pelesenan Mac OS 7 dan menjenamakan sebagai Mac OS 8.

Apple hakikatnya sinonim dengan pembuatan perkakasan dan sistem operasi berbanding Microsoft yang fokus pada sistem operasi semata-mata.

Namun sekarang semua berubah, Apple yang dahulunya diambang kejatuhan telah menjadi syarikat paling berkuasa di dunia. 

surfacefamily.0
Microsoft Surface

Kontradiksi berbanding Microsoft yang dahulunya hebat dengan pelesenan Windows terpaksa mengikut jejak Apple dengan menghasilkan perkakasan di bawah kumpulan Surface.

Walaupun dari segi penguasaan sistem operasi bagi PC, Windows masih menguasai lebih dua per tiga dari keseluruhan pasaran. 

Namun, bagi penguasaan sistem operasi mudah alih dan telefon pintar dan tablet mereka berada di kedudukan bawah dari Apple. 

Lagi artikel di ifon.my  Sedikit Fakta Berkenaan Apple

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mengapa Kamera iPhone Menjadi Sasaran Utama Semasa Mengambil Gambar? Budaya atau Realiti?

Craig Federighi Tulang Belakang Apple