in ,

Lakaran (Engraving) Beri Impak Pada Susut Nilai Produk Apple Terpakai

Beberapa produk Apple menyokong fungsi lakanan (engraving) termasuklah iPod, iPad dan AirPods.

Namun lakaran ini akan memberi impak besar pada susut nilai bagi sesebuah produk jika anda mahu menjualnya kelak.

Maka sila buat kajian menyeluruh sebelum anda membuat lakaran pada mana-mana produk Apple.

D26312-B3-7-D0-B-4-B7-C-8-FEE-EEBC9-DA83-CB6

Lakaran ini hanya boleh dibuat jika anda membeli secara dalam talian melalui laman rasmi Apple Malaysia dan tiada kos tambahan dikenakan.

Kadar susut nilai bergantung kepada permintaan dan penawaran terhadap sesebuah produk. Jika anda membuat lakaran seperti nama atau perkataan yang khusus untuk diri sendiri.

Maka ia memberi sedikit kesan terhadap reaksi pembeli. Mungkin lakaran yang anda buat akan menjadi penyebab mengapa pembeli mengambil tindakan untuk tidak membeli daripada anda.

Lagi artikel di ifon.my  Kuo: AirPods 2 Bakal Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melancarkan Program Penggantian Skrin iPhone 11

Revolusi Reka Bentuk Produk Apple