in , ,

iPhone Mini, Legasi Karam di Lautan Artik

Umum mengetahui Apple telah melancarkan beberapa segmen iPhone termasuklah :
1- Andalan (flagship)
2- Separa Andalan
3- Bajet
4- Edisi Khas (SE)

Pada awal pelancaran iPhone pada tahun 2007. Secara dasarnya, Apple hanya memfokuskan segmen andalan sehinggalah iPhone 5C dilancarkan. iPhone 5C merupakan segmen bajet dan antara model yang tidak mendapat sambutan.

iphone-5c-jpg

Selepas itu Apple telah membuat kelainan dengan melancarkan dua model iPhone di bawah segmen andalan iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.iPhone 6 Plus saya boleh istilahkan sebagai andalan premium atas sebab harga dan spesifikasi yang sedikit berbeza.

maxresdefault

Kemudian Apple telah membuat kejutan dengan memperkenalkan iPhone SE pada tahun 2016. iPhone SE merupakan edisi khas dengan memfokuskan kepada prestasi.iPhone XR pula merupakan model pertama di bawah separa andalan dan segmen ini terus berkembang sehinggalah ke saat ini.

Berikut senarai iPhone dalam kategori separa andalan:
– iPhone XR
– iPhone 11
– iPhone 12
– iPhone 12 Mini

Segmen tersebut telah mendominasi pasaran di mana iPhone XR dan iPhone 11 berjaya dinobatkan sebagai telefon pintar paling popular di dunia. iPhone 12 juga berjaya mengikut jejak langkah dan tidak mustahil tahun 2021 model ini bakal merangkul gelaran yang sama.

Lagi artikel di ifon.my  Runtuhnya Apple Kerana Keegoan

i-Phone-XR-Apple-b56e3e9

Kontradiksi dengan iPhone 12 Mini, menurut beberapa sumber, permintaan terhadap iPhone 12 Mini adalah rendah dalam kelaskan. Natijahnya, Apple telah menghentikan pengeluaran iPhone 12 Mini memandangkan bekalan masih mencukupi untuk menampung permintaan pasaran.

Walaupun iPhone 12 Mini tidak mendapat sambutan. Model ini masih berada di kedudukan kelapan paling popular di dunia bagi bulan Januari 2021 (Counterpoint). Saya pernah menuntaskan iPhone 12 Mini sepatutnya di bawah segmen edisi khas dan bukan separa andalan.

i-Phone12mini-Green-1

Terkini, Penganalisis terkemuka Ming-Chi Kuo telah melaporkan Apple tidak akan memperkenalkan iPhone versi Mini bermula tahun 2022. Kendatipun begitu, Apple masih mengekalkan empat variasi meliputi dua andalan dan selebihnya separa andalan.

‘iPhone 14’ kelak akan hadir dengan skrin 6.1-inci dan 6.7-inci bagi kedua-dua segmen tersebut. Maka, kategori baharu bagi iPhone 14 adalah:

Separa Andalan
iPhone 14
iPhone 14 Max

Andalan
iPhone 14 Pro
iPhone 14 Pro Max

Saya percaya Apple mula menyedari iPhone 12 Mini tidak memberi impak besar kepada jualan mereka. Walaupun sifatnya sama seperti iPhone 12, namun terdapat beberapa sebab mengapa pengguna tidak memilihnya.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

Konklusinya, iPhone 13 Mini kelak adalah legasi terakhir bagi iPhone bersaiz 5.4-inci. Saya percaya model ini masih mempunyai peminat atas faktor saiz yang lebih kecil.Walakin begitu, nisbah pengguna yang memilih skrin 5.4-inci adalah kecil berbanding 6.1-inci telah membuat Apple merubah hala tuju.

SEA-i-Phone-12-Mini-P-RED-PDP-Image-Position-1-A-450x579

Tidak semua produk yang dihasilkan mendapat sambutan yang hangat.Memang diakui, iPhone 12 Mini bukan produk gagal kerana masih berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai telefon pintar paling popular di dunia.

Apple mungkin melihat penurunan permintaan terhadap iPhone 12 Mini sebagai tuntas mengapa mereka menamatkan model tersebut.Saya akui iPhone 12 Mini mempunyai bentuk fizikal yang menarik dan diidamkan oleh sesetengah golongan.

Walaupun kecil, prestasinya mampu menewaskan pencabar lain.Biarlah model ini menjadi satu catatan sejarah sebagai model yang tidak mendapat sambutan. Model ini telah regas segala impian untuk kekal abadi, akhirnya karam di lautan Artik.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPad Mini, tangguh atau Beli?

iPhone 13 dan iPhone 12 Kembar Seiras?