in ,

Revolusi Reka Bentuk Produk Apple

Setelah pemergian Jony Ive, Apple mempunyai dua individu baharu yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk produk dan perkhidmatan.

AirPods Max diketuai oleh Evans Hankey manakala MacOS Big Sur di bawah legasi Alan Dye (gambar kiri).

57-A1-E791-BB00-4752-A7-FD-7-C286437-F257

Kedua-dua individu ini merupakan anak didik Jony Ive. Sejauh mana kedua-dua individu ini mengekalkan DNA Apple semua bakal terjawab tidak lama lagi.

Alan Dye nampak sedikit agresif dengan memperkenalkan rekaan neumorphism pada MacOS Big Sur serta fungsi widget pada iOS 14.

Apple Music juga telah mengalami perubahan dari segi ikon di mana Alan Dye telah mengambil kembali ikon Apple Music pada iOS 7.

75-F8-ACAA-23-CD-42-F4-9-A53-BE50-C7-A924-FE

Alan Dye merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pembanggunan iOS 7, tidak hairanlah mengapa beliau mahu mengembalikan identiti bagi ikon Apple Music seperti dulu.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11 Telefon Pintar Paling Popular di Dunia

Saya percaya iOS 15 bakal dirombak dan Alan Dye akan memperkenalkan konsep neumorphism.

Di situ akan menguji kepimpinan Alan Dye sama ada mampu mengekalkan identiti yang sebelum ini dikekalkan oleh Jony Ive.

DE3-D9393-061-C-41-B1-AABB-36-C1-DBFAF5-ED

Begitu juga Evans Hankey (gambar kiri) saya mahu lihat lebih banyak transformasi kepada rekaan terutama Produk Mac.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Lakaran (Engraving) Beri Impak Pada Susut Nilai Produk Apple Terpakai

Apple Melancarkan AirPods Max